Friday, August 1, 2008

Rukun Baiah (Tadhiyyah dan Jihad)

PENGORBANAN DAN JIHAD,BENTUK-BENTUK PENGORBANAN NABI DAN SAHABAT,PENGORBANAN TERTINGGI SYAHID DAN TUNTUTAN BERJIHAD DALAM ISLAM


DEFINASI PENGORBANAN DAN JIHAD.

قال الله تعالئ:انما الموءمنون الذين امنوا بالله ورسوله ثم لميرتابوا وجاهدوا باموالهم وانفسههم فى سبيل الله أولئك هم الصادقون

Maksudnya :Sesungguhnya orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasulnya ,kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah,mereka itulah orang yang benar.(Al-hujurat:15)
Telah diterangkan di dalam al-Quran bagaimanakah bentuk pengorbanan dan jihad yang dikehendaki oleh Allah taala kepada hambanya iaitu pengorbanan di dalam perjuangan yang memerlukan kepada pengorbanan harta benda dan jiwa raga demi Islam.
Apabila disebut berkenaan jihad dan pengorbanan, ini bermaksud kita tidak lari daripada berkorban dan terkorban.

Pengertian korban membawa dua maksud:

Pertama:Binatang ternakan yang disembelih pada hari-hari tertentu dalam bulan zulhijjah (hari raya haji).

Kedua:Korban dalam pengertian mempersembahkan sesuatu kepada dewa-dewa pujaan atau kekuatan ghaib yang dianggap berkuasa ke atas manusia.Ini merupakan satu bencana yang telah berlaku dan masih berlaku di negara kita.

Ketiga:Maksud yang dikehendaki dalam perbincangan ini adalah pengorbanan harta benda,waktu,tenaga, ilmu dan jiwa raganya dengan luhur dan mulia kerana Allah taala demi menegakkan kebenaran dan keadilan.Kita sebagai umat Islam dituntut untuk melakukan pengorbanan yang sebegini rupa .

Allah telah membahagikan bentuk pengorbanan di dalam Al-Quran kepada empat bahagian:

1. Pengorbanan diri
Berkorban demi memartabatkan agama Islam, yang menjadi tanggungjawab kepada setiap manusia yang bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan nabi Muhammad pesuruh Allah.Pengorbanan ini adalah untuk menegakkan agama Islam yang betul dan tulin kepada semua manusia.Allah taala telah menyatakan di dalam firmanNya:

: كتب عليكم القتال وهو كره لكم وعسى أن تكره شيئا وهو خيراكم وعسى أن تحبواسيئا وهو شرلكم والله يعلم وأنتم لاتعلمون Diwajibkan ke atas kamu berperang, pada hal berperang itu adalah suatu yang kamu benci.Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)

Allah mewajibkan jihad kepada umat Islam demi menjaga agama islam dan demi mempertahankan diri umat Islam,walaupun menjadi lumrah kepada manusia benci kepada pembunuhan, tetapi pengorbanan ini adalah penting untuk Islam,kadang- kalanya perkara yang kita benci itu adalah lebih baik kepada kita dan perkara yang kita suka itu kadang-kalanya buruk kepada kita.

2. Pengorbanan harta

Pengorbanan harta dinamakan infaq di dalam bahasa arab dan sumbangan di dalam bahasa kita, samada yang wajib atau sunat kesemuanya mengikut keadaan. Infaq merupakan perkara penting kepada jamaah, kerana kehidupan jamaah tidak akan kuat dan sempurna tanpa sumbangan harta,waktu,tenaga dan lain-lain.Firman Allah:

وانفقوا في سبيل الله ولا تلقوا بأيديكم الى التهلكة وأحسنوا ان الله يحب المحسنين

Maksudnya:Dan belanjakanlah (harta benda) kamu di jalan Allah,dan janganlah kamu mencampakkan dirimu ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah kamu,kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. (al-baqarah 195)

Dan firmannya lagi:

:يأيها الذين ءامنواانفقوامما رزقنكم من قبل ان يأتى يوم لا بيع فيه ولا خلة ولا شفعة والكفرون هم الظلمون

Maksudnya:Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah sebahagian dari rezeki yang telah kami berikan kepadamu (di jalan Allah) sebelum datangnya hari, pada hari itu tidak ada jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafaat.Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim.(Al-Baqarah: 254)

3. Pengorbanan kepada keluarga terdekat.

Pengorbanan kepada keluarga terdekat seperti pengorbanan kepada ibubapa,anak,suami isteri,adik beradik,waris dan seumpamanya.Firman Allah:

يأيهاالذين ءامنوالاتتخذواءاباءكم واخونكم أولياء ان استحبواالكفرعلى الايمن ومن يتولهم منكم فاولئك هم الظلمون
قل ان كان آباؤكم وأبناؤكم واخوانكم وأزواجكم وعشيرتكم وأموال اقترفتموها وتجارة تخشون كسادها ومساكن *
ترضونها أحب اليكم من الله ورسوله وجهاد فى سبيله فتربصوا حتى يأتي الله بأمره والله لا يهدي القوم الفاسقين

Maksudnya:Hai orang-orang yang beriman , janganlah kamu jadikan bapa-bapa dan saudara saudaramu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran ke atas keimanan dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.Katakanlah: ‘jika bapa-bapa, anak-anak,saudara-saudara,isteri-isteri kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah –rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya.Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.(At-taubah:23,24)

4. Pengorbanan kepada masyarakat sekeliling.

Pengorbanan terhadap sahabat,jiran,masyarakat dan seumpamanya.sepertimana yang telah di jelaskan di dalam Al-Quran:

لاتجد قوما يؤمنون بالله واليوم الآخر يوادون من حاد الله ورسوله ولو كانوا آبائهم أوأبنائهم أو اخوانهم أو عشيرتهم أولئك كتب في قلوبهم الايمان وأيدهم بروح منه ويدخلهم جنات تجري من تحتها الأنهارخالدين فيها رضى الله عنهم ورضوا عنه أولئك حزب الله الا ان حزب الله هم المفلحون

Maksudnya:Kamu akan mendapati suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan rasulNya, sekalipun mereka itu bapa-bapa ,atau anak-anak, atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka mereka itulah yang Allah telah menanamkan keimanan didalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripadaNya .Dan dimasukkanNYa mereka ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal didalamnya. Allah ridha tehadap mereka dan mereka merasa puas terhadap limpahan rahmatNya mereka itulah golonganAllah. Ketahuilah sesungguhnya golongan Allah itulah golongan yang beruntung.(al-mujadalah:22).

Kehidupan bermasyarakat juga memerlukan pengorbanan dan tolak ansur.sabda Rasulullah:

لايومن أحدكم حنى يحب لأخيه ما يحب لنفسه

Maksudnya:Tidak beriman seseorang di kalangan kamu sehinggalah dia kasih kepada saudaranya lebih daripada dia kasih kepada dirinya sendiri.

Manakala jihad juga membawa dua maksud:

Pertama:Perang suci melawan orang-orang kafir kerana mempertahankan agama Islam.

Kedua:Penentangan (perlawanan terhadap anasir-anasir yang merosakkan Negara dan lain-lain.Seperti hawa nafsu dan lain-lain.Sebagaimana yang kita ketahui,bahawa jihad yang paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu.(Mujahadatunafs)
Kepentingan berjihad telah diterangkan didalam al-quran.Sebagaimana firman Allah:

لا يستوى القعدون من المؤمنين غير اولى الضرر والمجاهدون فى سبيل الله باموالهم وانفسهم فضل الله
المحاهدين باموالهم وانفسهم على القاعدين درجه وكل وعد الله الحسنى وفضل الله المجهدين على القعدين اجرا عظيما
Maksudnya:”Tidaklah sama keadaan orang –orang yang duduk(tidak turut berperang)dan di kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan yang berjihad(berjuang)pada jalan Allah (untuk membela Islam)dengan harta dan jiwanya.Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yg tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur)denagn kelebihan satu darjat.Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu)Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (syurga)dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang keatas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur)dengan pahala yang amat besar”(An-nisa`:95)
Sabda nabi S.A.W.
من مات ولم يغز ولم ينو الغز ومات ميتة جاهلية
“ Barang siapa yang mati sedang ia tidak berperang dan tidak pula berniat untuk berperang ,matilah ia sebagai mati jahiliyyah”

Sebagaimana yang telah diterangkan dalam surah at-taubah ayat 11,Allah Taala telah menawarkan dan membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan)bahawa mereka akan beroleh syurga,disebabkan mereka berjuang pada jalan Allah,dan ada kalangan mereka membunuh dan terbunuh..Oleh itu ,bergembiralah dengan jualan yang KAMI jalankan jual belinya itu dan ketahuilah bahawa jual beli itu ialah kemenangan yang amat besar.Maka amat beruntunglah bagi orang-orang yang beriman yang menyahut tawaran Allah Taala ini.

Perkara jihad dan pengorbanan juga telah dinyatakan oleh Mujahid Agung As-Syahid Al Iman Hassan Al Banna rahimahullah dalam 10 rukun bai’ah.Kita telah sedia maklum bahawa 10 rukun bai’ah itu adalah amat penting didalam sesuatu harakah islamiah dan sebagai formula pembinaan kekuatan ummah. Faham ,ikhlas,amal,jihad,tadhiyyah (pengorbanan),taat,thabat(tetap),tajarrud,persaudaraan,thiqqah adalah rukun bai’ah.Jihad dan pengorbanan perlulah dilakukan dengan hati yang ikhlas hanya kerana Allah taala supaya usaha kita itu mendapat ganjaran daripada Allah taala. Al-Quran dan hadis telah menyatakan bahawa jihad dan pengorbanan adalah dituntut dalam agama Islam demi menegakkan agama Allah,sebagaimana yang telah dilakukan oleh nabi Muhammad semasa baginda menjalankan dakwah.Oleh itu,kita haruslah menghargai apa yang telah dilakukan oleh baginda demi ummatnya yang tercinta.

BENTUK PENGORBANAN NABI DAN PARA SAHABAT.

Ibn Taimiyyah telah mentafsirkan ayat 30 daripada surah al-anfal yang bermaksud”dan ingatlah (wahai Muhammad)ketika orang-orang kafir musyrik(Makkah)menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu,atau membunuhmu,atau mengusirmu.Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka)kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.
Beliau menegaskan bahwa inilah 3 permasalahan yang dilalui oleh mereka yang berjuang di atas manhaj an-nabawi iaitu dipenjara,dibunuh dan dibuang daerah.
Pengorbanan yang berisiko tinggi telah dilakukan oleh sahabat baginda iaitu saidina Ali karramallahuwajhah.Dimana setelah rumah baginda dikepung,saidina Ali telah mengambil tempat nabi.Akhirnya kaum musyrikin itu dapat dikalahkan dengan mukjizat yang telah dianugerahkan kepadanya, iaitulah apabila baginda mengambil segenggam pasir lalu membaca ayat suci dan dilempar ke arah mereka,dengan kuasa Allah,mereka tertidur.
Walau sebesar mana pun pengaruh mereka,seramai mana tentera mereka,mereka tetap akan dikalahkan dan akan menemui kegagalan dalam setiap apa yang dirancangkan oleh mereka untuk menghalang penubuhan Negara Islam ataupun kedaulatan islam.Allah Taal telah berfirman:
ولا يحيق المكر السيء الا باهله
Maksudnya: Rencana yang jahat tidak akan menimpa kecuali orang yang merancang itu sendiri (Fathir:43)
Sejak permulaan kejadian manusia , Allah Taala telah mengajar kepada generasi pertama manusia iaitu kepada kedua-dua putera Adam tentang pengorbanan.Ianya telah diceritakan di dalam kitab2 tafsir bahawa putera Adam yang dimaksudkan ialah Habil dan Qabil.Firman Allah Taala:

واتل عليهم نبأ ابنى ءآدم بالحق اذ قربا قربانا فتقبل من احدهما ولم يتقبل من الاخر قال لأقتلنك قال انما تقبل الله من المتقين0 لئن بسطت الى يدك لتقتلنى ما انا بباسط يدي اليك لأقتلنك انى اخاف الله رب العالمين

Maksudnya : ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil)menurut yang sebenarnya,ketika keduanya mempersembahkan korban,maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua(Habil)dan tidak diterima dari yang lain(Qabil).Ia berkata(Qabil)”aku pasti akan membunuhmu”,berkata Habil “sesungguhnya Allah hanya menerima korban dari orang-orang yang bertakwa.Demi sesungguhnya jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku,aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah,tuhan yang mentadbir sekelian alam.(Al-maaidah:27-28)

Berdasarkan kisah ini,Allah Taala hanya menerima korban bagi mereka yang melakukan pengorbankan dengan penuh keikhlasan dan berdasarkan ketakwaan mereka kepada Allah.Tujuan pengorbanan ini adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Pengertian korban itu sebenarnya amat luas.Ianya bukan sekadar mengorbankan haiwan seperti yang disunatkan oleh agama tetapi juga berkorban apa sahaja demi agama,bangsa dan Negara.Dalam sejarah islam,ibadat korban ini bermula apabila nabi Ibrahim diuji ketaatan dan kekuatan imannya dengan diperintahkan oleh Allah melalui mimpi supaya menyembelih anaknya(nabi Ismail).Pengorbanan yang ditunjukkan oleh nabi Allah ini adalah pengorbanan sebagai hambaNya yang lebih mengutama kasih sayang Allah daripada kasih sayang terhadap anak sendiri.

Seperti yang telah termaktub dalam surah as-Soofat ayat 101-112

رب هب لى من الصلحين.فبشرنه بغلم حليم.فلما بلغ معه السعى قال يبني انى ارى فى المنام انى اذبحك فانظر ماذا ترى قال يأبت افعل ما تؤمر ستجدنى ان شاء الله من الصبرين

Maksudnya : ya tuhanku ,anugerahkanlah kepadaku (seorang anak)yang termasuk dikalangan orang2 yang soleh.Maka KAMI berikan kepadanya berita yang menggembirakan,bahawa ia akan memperoleh seorang anak yang penyabar.Maka tatkala anaknya itu sampai (keperingkat umur yang membolehkan dia)berusaha bersama2 dengannya,nabi Ibrahim berkata “wahai anak kesayanganku,sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu,maka fikirkanlah apa pendapatmu?”Anakanya menjawab “wahai ayah,jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu,insya Allah,ayah akan mendapati daku dari orang2 yang sabar.”

Nabi Ibrahim kemudiannya diberitakan oleh Allah bahawa korban baginda diganti dengan seekor kibas.Begitulah pengorbanan kedua-dua nabi Allah yang mulia,seorang sanggup berkorban dan seorang lagi sanggup dijadikan korban.
Baginda s.a.w. sendiri terpaksa bersabung nyawa untuk menghadapi ujian, dimana baginda diburu , dikepung dan diancam dari awal hingga keakhirnya dalam misi hijrah baginda.Namun dengan kesungguhan dan kesabaran baginda dalam menegakkan(daulah islamiyyah)dibumi madinah tetap tidak pudar sekalipun menghadapi risiko yang tinggi.Orang musyrikin sebulat suara merancang untuk membunuh nabi atas cadangan Abu Jahal,dibuang daerah atas Abu Al-Aswad dan dipenjara atas cadangan Al-Buhktari.

Meninggalkan anak dan isteri adalah suatu pengorbanan besar yang dilakukan oleh Abu Salamah ketika peristiwa hijrah rasul.Dalam perjalanan,mereka telah dihalang oleh keluarga Ummu Salamah,lalu Ummu Salamah ditahan bersama anaknya.Beliau meneruskan hijrah tanpa anak dan isteri,walaupun pada akhirnya Ummu Salamah tetap menjejaki suaminya.

Suhaib Ar-Rumi dengan tegas meninggalkan semua harta bendanya untuk berhijrah.Lalu dia berhijrah sehelai sepinggang.Disebabkan peristiwa ini maka turunlah wahyu Allah (A-Baqarah:207)
ومن الناس من يشرى نفسه ابتغاء مرضات الله والله رؤوف بالعباد
.
Maksudnya : dan diantara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah semata2 dan Allah pula amat belas kasihan akan hamba2Nya.
Sejarah hijratul rasul s.a.w.diwarnai pengorbanan demi pengorbanan para sahabat yang lahir dari hari suci demi kecintaan mereka kepada islam dan kedaulatannya.Mereka mempertaruhkan seluruh kepentingan duniawi dan peribadi mereka demi untuk agama yang diredhai Allah ini.

Pengorbanan tertinggi syahid

para syuhada disetiap zaman banyak menyumbangkan pengorbanan kepada islam kerana itulah janji mereka kepada islam, pengorbanan itu menjanjikan kemenangan atau syahid dijalan Allah.para sahabat khususnya berkorban demi islam dengan mewakafkan diri,harta dan nyawa sepenuhnya kepada islam, mereka lebih cintakan Allah dan rasulnya dari harta dan nyawa mereka, semata – mata kerana ketaatan yang mutlak kepada Allah dan rasulullah juga demi melihat islam tersebar dengan luas keseluruh dunia.Itulah pengorbanan tertinggi mereka kepada islam tanpa pengorbanan itu maka sesungguhnya kita dapat merasai nikmat islam yang kita nikmati dan kita perjuangkan sekarang.

Tokoh – tokoh syahid dan pengorbanan

Abu Bakar As-Sidiq
Beliau merupakan sahabat yang sentiasa bersama dengan rasulullah saw.Beliau telah menemani nabi saw ketika berhijrah ke Madinah, beliau juga telah membenarkan kata-kata nabi saw ketika peristiwa isra mi’raj sehingga diberi gelaran As-Siddiq oleh nabi saw.Pengorbanan beliau kepada islam amat banyak,suatu ketika beliau telah mendermakan semua harta beliau dijalan Allah, sehingga rasulullah saw betanya kepadanya apa yang kamu tinggalkan untuk keluargamu, beliau menjawab: hanya Allah dan Rasulnya.Begitu juga sewaktu beliau berhijrah bersama dengan Rasulullah saw,beliau berjalan kekiri,kanan,belakang dan dihadapan nabi saw,sehingga nabi saw bertanya “kenapa dengan kamu wahai Abu Bakar?”.jawab Abu Bakar “aku ingin menjagamu wahai Rasulullah”.Begitulah sifat seorang sahabat nabi saw yang sanggup menjaga diri rasulullah lebih dari dirinya sendiri.

Salmah bin Hisyam R.a
Beliau merupakan saudara kepada Abu Jahal dan sepupu keapada Khalid bin Al-Walid.Beliau telah berhijrah ke Habsyah tetapi dihalang untuk berhijrah ke Madinah dan beliau diseksa kerana beriman kepada Allah, sehingga rasulullah berdoa untuknya didalam qunut, sebagaimana doa baginda kepada golongan-golongan muslimin yang diseksa diMekah.

Berkata waqidi : Rasulullah sentiasa berdoa didalam qunut selepas ruku ketika solat subuh (( Ya Allah, bebaskan Walid Bin Walid, Salmah Bin Hisyam, Ilyas Bin Abi Rabiah dan golongan-golongan yang diseksa di Madinah)).

Beliau disekat dari berhijrah keMadinah, sehingga beliau dapat berhijrah selepas peperangan khandak dan beliau syahid didalam peperangan diSyam pada tahun 14 hijrah. terkorbanlah nyawa salah seorang pahlawan islam.


Jaafar Bin Abu Thalib R.a
Beliau merupakan sepupu Rasulullah saw, rupa dan perabadi beliau hamper sama dengan Rasulullah dan diantara kemuliaan beliau ialah beliau sanggup korban hartanya untuk saudara maranya yang miskin.sehingga Abu Hurairah R.a berkata : “ sebaik-baik manusia kepada orang-orang miskin ialah jaafar Bin Abu Thalib”.dan beliau juga berkata : “ Jaafar suka kepada orang-orang miskin, sehinggakan beliau duduk dan dengan mereka,sehingga Rasulullah menamakannya “ayah orang-orang miskin”.beliau syahid dijalan Allah didalam peperangan mu’tah.


Itulah diantara tokoh-tokoh syuhada’ dan para sahabat yang sanggup mengorbankan nyawa mereka untuk Islam, ummat Islam dan demi menunaikan tanggungjawab kepada Allah dan Rasulnya, tanpa memikirkan kepentingan diri sendiri.Begitulah hebatnya pengorbanan para sahabat dizaman Rasulullah dan para cendikiawan Islam disetiap zaman.


Tuntutan jihad dalam islam

Allah mewajibkan hambanya berjihad untuk mendaulatkan islam, walaupun ianya memerlukan pengorbanan dan ketahanan jiwa untuk melaksanakannya, firman Allah taala,terhadap kewajipan jihad didalam Al-Quran

.1surah maidah: 35

يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله وبتغوا اليه الوسيله وجاهدوا في سبيله لعلكم تفلحون

maksudnya (wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, supaya kamu menjadi orang yang berjaya)

2.surah taubah 41

انفروا حفافا وثقالا وجاهدوا بأموالكم وأنفسكم في سبيل الله ذلكم خير لكم ان كنتم تعلمون

maksunya: (Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu dijalan Allah.yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui).

3.surah taubah 86

واذا أنزلت سورة ان أمنوا بالله وجاهدوا مع رسوله استئذنك أولوا الطول منهم وقالوا ذزنا نكم مع القاعدين

(Dan apabila diturunkan sesuatu surat (yang memerintahkan kepada orang munafik itu) “ berimanlah kamu kepada Allah dan berjihadlah besama rasulu-Nya”, nescaya orang-orang yang sanggup diantara mereka meminta izin kepadamu (untuk tidak berjihad) dan mereka berkata : “biarkanlah kami berada bersama orang-orang yang duduk)”.

4.surah al-hajj;78

وجاهدوا في الله خق جهاده هو اجتباكم وما جعل عليكم في الدين من حرج

(Berjihadlah kamu dijalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya.dia telah memilih kamu dan dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu didalam agama suatu kesempitan)

Kewajipan jihad didalam sunnah:

1.Diriwayatkan oleh imam bukhari r.a daripada Abdullah bin umar r.a berkata: rasulullah bersabda:

(أمرت أن أقاتل الناس حتي يشهدوا أن لااله الا الله,ويؤمنوا بي ,وبما جئت به,فاذا فعلوا ذلك فقد عصموا
مني دمائهم وأموالهم الا بحقها,وحسابهم على الله عز وحل

((Diperintahkan kepada aku supaya memerangi manusia selagi mereka tidak berkata tiada tuhan melainkan Allah, dan apabila mereka menyebutnya maka haramlah bagiku darah dan harta mereka melainkan dengan hak yang ditentukan oleh Allah))

yang dimaksudkan dengan jihad disini ialah berjihad untuk menyebarkan islam.

diriwayatkan oleh abu daud r.a daripada anas r.a berkata: rasulullah bersabda:

جاهدوا المشركين بأموالكم وأنفسكم والسنتكم

((berjihadlah menentang orang – orang musyrikin dengan harta kamu dan diri kamu serta lidah kamu))

jihad didalam hadis ini bermaksud: berkorban dijalan allah dengan harta dan nyawa.


3.diriyawatkan oleh hakim r.a daripada abu musa r.a berkata: rasulullah bersabda:

الجنة تحت ظلال السيوف

(( syuraga dibawah bayangan mata pedang ))

maksud hadis ini ialah : jihad akan dibalas dengan balasan yang besar iaitu syurga dan ia merupakan jalan ke syurga.

Kewajipan jihad sehingga kehari kiamat

Kewajipan jihad adalah kewajipan yang berterusan sehingga kehari kiamat , ianya juga seperti ibadah yang wajib seperti solat, puasa, zakat, haji dan lain – lain. Jihad bukanlah kewajipan yang ditetapkan hanya kepada para anbiya dan para sahabat sahaja, tetapi ianya merupakan kewajipan yang berkekalan dan berterusan di setiap zaman dan tempat kepada meraka yang bersaksikan bahawa tiada tuhan malaikan Allah dan nabi muhammad pesuruh Allah dan menjalankan apa yang telah diamanahkan oleh Allah taala.

Ulama menyatakan jihad adalah fardhu ain dan ada juga yang menyatakan jihad itu fardhu kifayah, walau bagaimapun ianya tetap wajib dan dituntut. Firman Allah:

وجاهدوا في الله حق جهاده

((dan berjihadlah kamu pada jalan allah dengan jihad yang sebenar - benarnya))


sabda rasulullah:

من مات ولم يغز ولم ينو الغز ومات ميتة جاهلية

“ Barang siapa yang mati sedang ia tidak berperang dan tidak pula berniat untuk berperang ,matilah ia sebagai mati jahiliyyah.

Hadis ini menyatakan bahawa yang membezakan mati didalam islam dan mati didalam jahiliyah ialah mereka yang meninggalkan jihad dijalan allah, kerana menjadi kewajipan kepada ummat islam untuk berjihad.

Hikmah disebalik tuntutan jihad

Pertahanan diri ummat Islam samada dari sudut harta,nyawa, keluarga masyarakat dan lain-lain.
Menjaga agama.
Tanda kekuatan Islam dan ummatnya.
Ujian kepada ummat Islam, sebagai tanda pengorbanan kepada Allah, rasulNya dan agamaNya. Juga sebagai tanda keteguhan iman dan taqwa kepada Allah.
Kesyumulan Islam.

Kesimpulannya yang boleh kita buat disini ialah, sebagai seorang yang berugama islam kita mestilah memahami apakah tujuan yang sebenarnyaAllah taala menyuruh kita berjuang melawan orang-orang kafir dan yahudi kerana sebagaimana yang kita ketahui bahawa orang2 kafir dan yahudi sama sekali tidak akan tunduk kepada islam. Sebagaimana yang telah dinyatakankan oleh Allah taala didalam al-quran,firmannya:

ولن ترضى عنك اليهود ولن النصرى حتى تتبع ملتهم

Maksudnya: Orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.(Al-baqarah:120). Dan Allah taala telah memberikan jaminan kepada mereka yang berkorban dan berjuang dijalan Allah dengan ganjaran yang cukup baik, iaitulah surga diakhirat nanti. Ayuh marilah kita sama2 berjuang dan berkorban untuk agama islam yang Allah taala janjikan bahawa ianya adalah agama yang betul dan bukan agama yang salah atau sesat.

Rujukan

Kamus dewan bahasa cetakan kelima
Aqidahdan perjuangan
oleh:Allahyarham Alfadhil Dato Haji Fadhil Mohd Noor
Arkanulbaiah
oleh:As-Syahid Imam Hassan Al-Banna (terjemahan)
Rukun jihad
oleh:Doktor Ali Abd Halim Mahmud
Rukun tadhiyah
oleh: Ali Abd Halim Mahmud

1 comment:

Unknown said...

Surah al-mujadalah ayat 22

"Engkau tidak akan dapati"

*Tertinggal perkataan tidak