Friday, July 18, 2008

Rukun Bai'ah (Ta'ah)

Rukun 6: AT-THA’AH

KETAATAN

PENGERTIAN

- Ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah ketaatan di dalam mematuhi perintah pimpinan dan melaksanakannya sama ada di dalam keadaan susah atau senang, dalam perkara yang disukai dan dibenci. Ketaatan ini dipagari oleh batas-batas perkara yang duduk di bawah ketaatan kepada Allah dan Rasul. – Imam Hassan Al-Banna

- Menghidupkan jentera jamaah dan mengemaskini pergerakan sehingga mencapai hadaf dengan jaya . Ia jua bererti segala lubang musuh untuk memecah kesatuan jamaei tertutup rapat . Segala arahan dan peraturan jamaah dapat direalisasikan sebagai mana yang dirancang . – Ust Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan At Tantawi

- Pandangan Al-Maududi pula menjelaskan kaitan antara Taat dan Disiplin dalam pergerakan Islam katanya "......sebuah gerakan, sekalipun mempunyai ciri ciri yang baik, menemui kegagalan hanya disebabkan oleh hakikat bahawa ia tidak dapat menterjemahkan skima-skimanya ke bentuk praktik. Ini berpunca daripada ketiadaan disiplin dan kerjasama. Usah- usaha berdisiplin bermakna bahawa seluruh jemaah mesti mengikut prosedur serta peraturan yang telah ditetapkan olehnya."

1. Seorang Muslim wajib beriltizam dengan arahan dan nizam (sistem) jamaah. Itu adalah perkara asasi dan perlu untuk kebaikan perjalanan amal dan usaha merialisasikan segala tujuan jemaah. Kesetiaan ini dipandang sebagai taat dan ibadah kepada Allah.

2. Setiap anggota jemaah mesti membiasakan dirinya melaksanakan setiap perintah pemimpin atau mas'ulnya dalam jamaah. Dia mesti taat kepada pemimpin di waktu susah, senang, sama ada suka atau tidak, asalkan perkara yang tidak mungkar dan tidak maksiat.

3. Tentera da'wah wajib menjaga waktunya dengan bersungguh sungguh, berdisiplin dalam segenap urusannya dengan peraturan yang rapi, berguna kepada manusia, mampu berusaha, mujahid untuk dirinya, berwaspada dari godaan hartabenda, anak dan isteri. “.....tiap tiap anggota majlis itu mestilah bersungguh sungguh untuk menghadirkan dirinya pada waktu yang telah ditentukan dan tidak boleh lambat datang kecuali kerana tersangat terpaksa. Itupun dengan memberitahu alasan terlebih dahulu.”




DALIL

Firman Allah s.w.t., maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (Al-Nisa’: 59)

Di mana ketaatan diulangi dua kali kepada Allah dan Rasul. Adapun kepada pemimpin tidak diulangi perkataan ketaatan. Ini memberi makna yang sangat besar yang perlu difahami oleh umat Islam. Maknanya ketaatan kepada Allah dan Rasul adalah mutlak, tidak berbelah bagi kerana Allah SWT itu Tuhan yang suci daripada segala sifat. Tuhan yang Maha Sempurna, Maha Adil, Maha Bijaksana dan tidak boleh dipertikaikan walaupun sedikit sama ada dalam hukum yang halus dan keras mengandungi hikmah yang memberi kebaikan kepada manusia di dunia dan di akhirat . Adapun ketaatan kepada Rasulullah SAW juga secara mutlak kerana Rasulullah SAW adalah manusia dipelihara daripada kesilapan.
Bagaimana pula dengan ketaatan terhadap pemimpin-pemimpin di kalangan kamu? Siapakah yang dimaksudkan dengan pemimpin-pemimpin di kalangan kamu?
Para ulama' memberi dua pendapat :
1. Pertama, pemimpin yang memerintah negara.
2. Kedua, pemimpin yang mengajar agama yang dikenali dengan ulama'.
Sama ada pemimpin-pemimpin kerajaan, masyarakat atau ulama', semuanya manusia yang tidak maksum. Manusia yang mempunyai kelemahan dan tidak dikawal oleh wahyu, maka Allah menyuruh pemimpin ini merujuk masalah mereka kepada hukum yang paling tinggi iaitu Allah dan Rasul. Allah SWT juga menyuruh pemimpin-pemimpin itu supaya bermesyuarat, berbincang dengan mereka yang berada di bawahnya. Dan mereka hendaklah melaksanakan urusan dalam masyarakat berdasarkan kepada dua perkara ini dan pemimpin-pemimpin yang mempunyai kelemahan, ada di antara mereka yang boleh diberi nasihat dan mereka menerima nasihat tersebut dengan hati terbuka.
Sementara itu, ada di antara mereka yang degil, yang tidak mahu mengikuti kebenaran walaupun dinyatakan kebenaran. Mereka menggunakan kedudukan mereka sebagai pemimpin untuk melakukan apa sahaja dengan sewenang-wenangnya. Maka Allah SWT tidak menyuruh kita mentaati dalam perkara maksiat. Begitu juga, Nabi SAW melarang kita mentaati dalam perkara maksiat yang bercanggah dengan hukum Allah SWT.

HADITH

Aku berwasiat kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah Azza wa Jalla dan dengar serta taat sekalipun pemimpin yang dilantik dikalangan kamu hanyalah seorang hamba abdi . ( Al Hadis , Matan Al Arbai’n )


SIRAH

Rasulullah s.a.w. telah meneguhkan sifat ketaatan kepada para sahabatnya dengan melakukan bai’ah di antaranya ialah Bai’ ah al-‘Aqabah yang terkenal sebelum melakukan hijrah yang merupakan perintah yang sangat penting yang membawa kepada tertegaknya sebuah negara Islam. Di dalam bai’ah itu Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

“Berbai’ahlah kepadaku di atas ketaatan dan mendengar (perintah) di masa cergas dan malas, bersedia bernafkah (memberi sumbangan harta benda) di masa susah dan senang,menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, bangun untuk menegakkan agama Allah s.w.t. tanpa mengendahkan celaan orang yang mencela, dan kamu berbai’ah untuk menolongku apabila aku tiba ke negeri kamu dan mempertahankan aku apa yang kamu lakukan untuk mempertahankan diri kamu sendiri, ister-isteri kamu dan anak-anak kamu dan untuk syurga.” (Riwayat Ahmad)


REALITI KETAATAN

1. Ketaatan itu lahir daripada sikap percaya-mempercayai di antara pemimpin dan pengikut. Apabila kepimpinan mempunyai keikhlasan dan menyatakan pengorbanan yang sebenar dan perhatian kepada perjuangan dan pengikut-pengikutnya.

2. Ketaatan itu mestilah dalam semua keadaan, di masa senang dan susah, di masa kelapangan dan kesempitan dalam perkara yang tidak maksiat.

3. Ketaatan itu membawa kepada menunaikan tugas mengikut arahan kepimpinan dan tidak bertindak sendiri tanpa pengetahuan kepimpinan sehingga menjadi kelam kabut yang boleh menimbulkan adanya kumpulan dalam parti yang mempunyai perancangan yang berbeza dan strategi yang berlainan yang boleh membawa perpecahan dan wujudnya kumpulan atau jamaah dalam jamaah.

4. Ketaatan membawa penyelarasan yang baik di kalangan seluruh anggota dan sayap parti dan melaksanakan amal jama’ie yang tidak boleh dijejaskan oleh pandangan individu yang berbeza lalu mengikut selera masing-masing sehingga jentera jamaah menjadi celaru dan tidak selaras di antara satu sama lain.

5. Ketaatan juga dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbagai-bagai di dalam jamaah, kerana ada orang yang keterlaluan, ada orang yang terlalu lambat dan ada yang sederhana.

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” Surah Al-Baqarah ayat 216.


MASALAH KEMEROSOTAN KETAATAN

1. Kemerosotan Iman. Menjadikan seseorang itu tidak sensitif terhadap perlaksanaan sesuatu tugas itu dengan segera. Salah satu kesan ialah tiada iltizam dengan waktu yang telah ditentukan untuk sesuatu perjumpaan ataupun waktu yang telah ditentukan untuk melaksanakan sesuatu kerja.

2. Kemahuan yang Lemah dan Kurang Azam - Menyebabkan cepat berputus asa, mengalah serta mudah patah semangat.

3. Masalah Peribadi - Penyakit Lupa - Lupa kepada arahan, peraturan, waktu pertemuan serta tugas tugas. Salah satu sebab mempunyai terlampau banyak tugas.

4. Sikap Kurang Tegas Pemimpin.


KEPENTINGAN TAAT

Ketaatan sangat penting dalam sesuatu pergerakan, ini kerana ianya melibatkan kerja-kerja peringkat dakwah yang terbahagi kepada tiga peringkat:-

1. Peringkat ta’arif

Dengan menyebarkan fikrah umum dikalangan orang ramai. Sistem dalam peringkat dakwah ini adalah sistem persatuan yang bersifat pentadbiran. Tugasnya ialah melakukan amal kebajikan umum. Wasilah yang digunakan dalam peringkat ini ialah memberikan kesedaran dan bimbingan, juga dengan mewujudkan institusi-institusi yang berfaedah dan wasilah-wasilah lain yang praktikal.

2. Peringkat takwin

Dengan memilih anasir—anasir yang layak untuk memikul tanggungjawab jihad dan menggabungkan anasir-anasir tersebut. Sistem dakwah dalam peringkat ini ialah sistem sufi tulen dalam sudut rohaniah dan ketenteraan tulen dalam sudut amaliyah. Slogan dalam kedua-dua peringkat ini ialah dengar dan taat tanpa teragak-agak, tanpa soal jawab, syak dan tanpa keluh – kesah . katibah - katibah ikhwan sekarang memainkan peranan dakwah di peringkat ini. Sistem yang mengaturkannya ialah risalah manhaj dahulunya dan risalah ta’alim untuk sekarang.

Dakwah dalam peringkat ini adalah berbentuk khusus , hanya mereka yang membuat persediaan yang mencukupi sahaja mampu melalui tahap ini dan bersungguh-sungguh untuk memikul beban jihad yang berterusan serta beban yang banyak. Hanya mereka ini sahajalah yang layak berhubung dengan jamaah . Petanda – petanda awal bagi persediaan ini adalah ketaatan yang sempurna.

3. Peringkat tanfidz
Dakwah dalam peringkat ini adalah jihad yang tidak kenal tawar menawar, amal yang berterusan untuk mencapai matlamat, cubaan dan bala yang tidak mampu dihadapi oleh mereka melainkan dengan ketaatan yang sempurna. Untuk tujuan inilah saf pertama ikhwan muslimin telah memberikan bai’ah pada 5 Rabiulawal 1359 dan saudara sendiri , dengan kemasukan saudara dalam katibah ini, menerima risalah ini (risalah ta’alim), juga dengan bai’ah yang saudara berikan bererti saudara telah berada di dalam peringkat kedua dan telah hampir kepada peringkat yang ketiga. Oleh itu, saudara mestilah membuat penilaian terhadap tanggungjawab yang saudara pegang dan sediakanlah diri saudara untuk menunaikannya.

BATASAN KETAAAN
Dari Ibn `Umar r.a.: "Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Hadith di atas dengan jelas mewajibkan setiap muslim mentaati para pemerintah dalam apa jua perkara, selagi tidak berbentuk maksiat kepada Allah. Bahkan di dalam hadith di atas baginda Nabi s.a.w. menegaskan bahawa ketaatan kepada para pemerintah merangkumi perkara yang disukai atau dibenci selagi ianya tidak bersifat maksiat kepada Allah. Kata al-Imam an-Nawawi (meninggal 676H) dalam mensyarahkan hadith berkenaan: "Maksudnya (hadith di atas) wajib mentaati para pemerintah dalam perkara yang susah, yang tidak disukai oleh jiwa dan selainnya dalam perkara yang tidak maksiat."
Firman Allah S.W.T :
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).” (Al-Maidah ayat 2)
Bahkan jika bertembung pandangan atau ijtihad pemerintah dengan pandangan atau ijtihad mereka yang dibawahnya maka wajib dilaksanakan keputusan yang dikeluarkan oleh pemerintah selagi mana perkara tersebut bukan berbentuk maksiat kepada Allah sekalipun jiwa kita tidak suka kepada ijtihad berkenaan.
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mendapati pemimpinnya melakukan perkara yang tidak disukainya, maka hendaklah dia bersabar sesungguhnya sesiapa yang meninggalkan jemaah satu jengkal, maka matinya adalah dikira mati dalam keadaan jahiliah - Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Diriwayatkan daripada Saidina Ali k.w katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w telah mengutus satu pasukan tentera dan baginda telah melantik seorang lelaki sebagai pemimpin tentera itu. Lelaki tersebut telah menghidupkan api dan berkata: “Kamu semua masuk ke dalam api itu.” Maka sebahagian dari tentera ingin memasuki ke dalam api tersebut dan sebahagian dari tentera yang lain berkata: “Kami telah melarikan diri daripadanya.” Perkara itu dilaporkan kepada Rasulullah s.a.w, lalu baginda bersabda kepada orang-orang yang ingin memasuki api tersebut: “Sekiranya kamu memasukinya nescaya kamu akan terus berada di dalamnya sehingga Hari Kiamat” dan Nabi berkata kepada pihak satu lagi dengan kata-kata yang baik serta bersabda: “Jangan mentaati perintah untuk melakukan maksiat kepada Allah tetapi taatilah dalam perkara kebaikan”. - Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Hendaklah diketahui bahawa ketaatan kepada para pemerintah yang tidak melanggar prinsip-prinsip utama Islam atau dalam kata lain tidak berlaku pada sistem atau diri pemerintah kufr bawwah adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat. Ini sama ada kepada mereka yang pernah berjanji untuk taat atau tidak pernah berjanji. Sebaik sahaja naiknya sesuatu pemerintahan Islam dengan cara yang diterima di sisi syarak maka secara langsung tanggunjawab ketaatan terpikul di atas setiap individu rakyat. Tanpa mengira sama ada sebelum kenaikan pemerintah berkenaan dia berada di pihak penyokong ataupun penentang.
Sabda Nabi s.a.w. :
"Sesiapa yang mentaati pemimpin maka sesungguhnya dia telah mentaatiku dan sesiapa yang menderhakai pemimpin sesungguhnya menderhakaiku" Riwayat Muslim

Kualiti dan Kuantiti
Adalah menjadi kebiasaan Harakah Islamiyah mempelbagaikan cara dalam usaha meningkatkan mutu saff jama'ah dan memperbanyakkan ahli-ahlinya dengan cara-cara yang dibenarkan oleh Islam. Namun demikian kerja-kerja menghimpun atau memperbanyakkan ahli-ahli ini janganlah sampai ia menghimpun apa saja jenis manusia yang ditemui, kerana kualiti (mutu) itu lebih penting dari bilangan. Jama'ah selalunya berusaha berdakwah dengan bersungguh-sungguh mengorbankan tenaga dan waktu untuk mendapat seorang anggota baru dengan harapan anggota baru ini dapat memikul sebahagian dari tanggungjawab dan tugas jama'ah. Tetapi sekiranya diambil anggota secara sembarangan tentulah harakah tidak mampu menanggung beban dari anggota-anggota sedemikian sepanjang umur mereka. Jika ini terjadi rugilah tenaga yang dicurahkan dan sia-sialah usaha.
Seorang manusia adakalanya menjadi satu umat tetapi ada kalanya ia menjadi bebanan yang merosakkan orang lain malah tidak berguna sama-sekali. Orang seperti ini adalah lebih baik tidak diambil kira. Dalam hal seperti ini banyak pengajaran yang dapat dijadikan I'tibar. Allah menceritakan:


Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.” (Surah Al-Taubah 9: Ayat 25)
Sebenarnya bilangan yang banyak bukanlah menjadi perhitungan yang utama, tetapi yang utama ialah anggota yang benar-benar mengenal Allah, teguh pendirian dan benar-benar memperjuangkan kebenaran. Bilangan yang banyak ada kalanya menjadi sebab membawa kepada kekalahan kerana sebahagian yang ikut serta itu terdiri dari mereka yang tidak berpegang teguh dengan ajaran Islam. Apabila menghadapi saat-saat genting dan getir, pendirian mereka ini akan mudah goncang dan goyah. Dengan sifat demikian mereka ini menyebabkan kelemahan jiwa para anggota dan ketewasan di dalam medan jihad. Ingatlah, bukan tujuan kita untuk melahirkan buih-buih perjuangan, tetapi matlamat kita adalah untuk melahirkan jundullah yang sentiasa istiqamah dalam memperjuangkan agama Allah.
Oleh yang demikian membuat penilaian dan pembahagian terhadap anggota-anggota merupakan satu amalan yang membawa kebaikan kerana dengan cara itu jama'ah dapat menilai dan mengetahui sejauh mana kemampuan dan kemanusiaan para anggota sebelum sesuatu tugas itu dimulakan. Pembahagian yang dilakukan tidaklah bermakna harakah membiarkan sebahagian anggota yang lain, malah terhadap mereka juga harakah mestilah mengambil perhatian berat dengan cara memberi kesedaran dan tarbiah sehingga mereka juga akan menjadi individu-individu yang setia kepada jama'ah.

Firman Allah SWT :

“Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar".

HUKUMAN BAGI YANG INGKAR
Antara tindakan yang perlu dilakukan oleh jamaah bagi mereka yang mempermainkan konsep ketaatan ini adalah dengan mengenakan hukuman dan tindakan kepada anggota yang mengingkari akan ketaatan ini disamping melaksanakan sistem al-mu’aqabah.
Diriwayatkan oleh Abdul Quwaisy bahwa ada seorang prajurit yang dikala pasukan lainnya bersiap dalam dalam barisan untuk menyongsong pasukan musuh tetapi ia tetap ditempatnya semula dan berkata pada dirinya sendiri : “Engkau pernah mengalami ini (saat musuh datang) engkau teringat anak dan isterimu dan kemuadian engkau kembali” berulang-ulang ia katakana itu dengan penuh penyesalan. “Sekarang aku tawarkan pada dirimu kepada Allah” setelah itu ia maju ke medan tempur. Ia maju di baris terdepan pertempuran meski musuh mendesak pasukannya ia tetap bertempur dan tidak beranjak mundur sampai akhirnya ia roboh. Kemudian aku hitung tusukan yang mengenai dirinya, aku temukan enam puluh tusukan lebih tusukan.
Umar bin Khattab menshadaqahkan tanah miliknya senilai 200.000 dirham oleh karena ia terlambat shalat berjama’ah. Pernah satu kali ia terlambat shalat maghrib maka ia menghukum dirinya dengan memerdekakan dua orang budak

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.” (surah Al-Baqarah ayat 286.)


TIDAK TERCAPAI KHALIFAH ISLAMIAH TANPA JAMAAH, TIDAK HIDUP JAMAAH TANPA AHLI, TIDAK BERGERAK SESUATU JAMAAH TANPA PEMIMPIN, TIDAK BERGUNA PEMIMPIN KALAU TIDAK DITAATI


NOTE : SEKITAR PERMASALAHAN KETAATAN DALAM JAMAAH

PEMIMPIN BUAT MAKSIAT – pemimpin berkenaan tidak patut dilantik dalam keadaan yang sepatutnya. Jamaah dikehendaki menegurnya terlebih dahulu sebelum menunggu tempoh menukar kepimpinan. Sekiranya perlu, maka Mesyuarat Agung Tergempar akan dilaksanakan.

MASALAH AKHLAK PEMIMPN – Jamaah perlu melihat adakah manfaat lebih banyak daripada mudharat kerana itu adalah masalah peribadinya sedangkan dia masih melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. PS di Malaysia bekerjasama dengan Jamaah lain kerana PS memilih jalan lebih penting dengan meminimumkan mudharatnya.

** Pendapat di atas adalah daripada Ustaz Amin.


Rujukan :
Al-Quran & Terjemahan
Software Holy-Quran Al-Sakh
Software Al-Bayan
Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Disiplin Dan Ketaatan, Al-Maududi
Panduan Risalah Ta’alim
Tazkirah Tafsir Tuan Guru Haji Hadi Haji Awang
Batasan Ketaatan, Ustaz Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin
Web Site Ust Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan At Tantawi
Web Site Pemuda PAS Pusat
Panduan Usrah UiTM
Rukun 7: AS-THABAT

TETAP PENDIRIAN / ISTIQAMAH

PENGERTIAN

- Tsabat yang dikehendaki di sini adalah mestilah sentiasa beramal dan berjihad untuk mencapai matlamat sekalipun matlamat tersebut masih terlalu jauh dan memakan masa bertahun-tahun sehinggalah kita menemui Allah dalam keadaan beramal dan berjihad. Dengan itu al-akh telah mendapat salah satu dari dua kebaikan, sama ada berjaya mencapai matlamat atau mati syahid pada akhir hayat. – Imam Hassan Al-Banna

- memanjangkan hayat perjuangan sehingga tahkik ghayah (matlamat) dapat dicapai, sekalipun perjuangan itu berlansung dalam lingkaran mustakbirin yang senantiasa menanti peluang untuk menghancurkan gerakan Islam dengan usaha mereka yang bertubi–tubi . – Ust Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan At Tantawi


Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (Surah Al Ahzaab . Ayat : 23)


ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN


Makna Istiqamah

Merupakan satu pegangan yang tetap, kemas dan tidak berdolak-dalik. la juga merupakan satu sama berterusan serta ikhlas dalam mengamalkan suruhan Allah Ta'ala dan meninggalkan larangan-Nya dengan memperjuangkan kebenaran sahaja.

Mestilah berterusan di atas prinsip perjuangan dan beramal dengan segala tuntutannya dengan tidak berpaling dan cenderung ke arah yang lain dan hanyut bersama arus jauh sekali daripada melompat dan menyeleweng daripada perjuangan.


Anjuran Syara'

Firman Allah Ta'ala :

Tetap luruslah engkau sebagaimana diperingatkan kepada kamu dan janganlah engkau turut hawa nafsu mereka. dan katakanlah: aku beriman dengan kitab yang diturunkan Allah dan aku disuruh berlaku adil di antara kamu. Allah tuhan kami dan kamu....'
(As-Syura: 15)

Firman Allah Ta'ala:


'Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka berlaku lurus, maka tiadalah mereka takut dan tiada pula berdukacita. Mereka ialah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya, sebagai balasan dan apa yang telah mereka amalkan.' (AI-Ahqaaf: 13-14)


Allah berfirman kepada Musa a.s. dan Harun a.s. yang menghadapi Firaun dalam menegakkan Islam di zamannya maksudnya:

“Allah berfirman: Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua; oleh itu hendaklah kamu tetap (menjalankan perintahKu seterusnya), dan janganlah kamu menurut jalan orang-orangyang tidak mengetahui (peraturan janjiKu).” (Yunus: 89)


Firman Allah s.w.t. kepada nabi kita Muhammad s.a.w., maksudnya:

“Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.” (Hud: 112 – 113)


Anjuran Sunnah

Sabda Rasulullah SAW:

Abu Amru (Sufyan) bin Abdullah r.a berkata:

'Wahai Rasulullah, ajarkan kepadaku kalimah yang menyimpulkan pengertian Islam, sehingga aku tidak perlu bertanya kepada seorang pun selain engkau. Jawab Nabi s.a.w : Katakanlah, Aku percaya kepada Allah. kemudian tetap lurus mendisiplinkan diri terhadap pengakuan.' (Riwayat Muslim)

Dalam peristiwa yang lain pula dinyatakan, apabila sufyan bin Abdullah berkata kepada Rasulullah s.a.w., maksudnya:

Daripada Sufyan bin ‘Abdullah al-Thaqafi katanya: “Aku bertanya: Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku mengenai Islam dengan kata-kata yang jelas sehingga aku tidak perlu lagi beranyakan mengenainya kepada seseorang yang lain daripadamu. Sabda Rasulullah s.a.w.: Katakanlah, Aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah beristiqamah.” (Riwayat Ahmad)

Para rasul dan para sahabat adalah orang-orang yang paling istiqamah, tetapi mereka diperintah juga supaya beristiqamah. Ini menunjukkan bahawa sifat istiqamah itu sangat penting dan mestilah berterusan kerana ia menjadi tunggak dan cara untuk mendapatkan pertolongan Allah s.w.t., bahkan orang yang tidak istiqamah amalannya menjadi sia-sia.


Penghayatan Istiqamah

Para pencinta dan pendokong harakah Islamiyyah seharusnya menyedari bahawa mereka membawa satu amanah yang sangat besar dan cita-cita yang sangat mulia. Oleh itu, mereka di tuntut membuat persediaan yang secukupnya di bawah pimpinan dan pengawasan orang-orang yang benar-benar memahami Islam dan tasawwur Harakah Islamiyyah serta melaksanakan berdasarkan Manhaj Tarbiyah Harakiyyah.

Atas landasan itulah maka perjuangan benar-benar menuntut kepada ISTIQAMAH lantaran ianya tidak menjanjikan natijah yang baik mahupun hamparan kesenangan malah menguji ketabahan dan keimanan menghadapi setiap cabaran yang sentiasa mendatang.

Tidak dapat tidak, tuntutan Istiqamah adalah sebagai satu wasilah mengelakkan gejala keguguran yang pastinya mengakibatkan fitnah dalam jamaah Islam itu sendiri, sekalipun dari satu sudut yang lain ia merupakan satu tabi'e yang mampu mematangkan saf dan membersihkan jamaah dari aliran-aliran fikrah dan anasir-anasir lain yang menghalang kelancaran organisasi dan dakwah.




Cabaran Istiqamah

Cabaran kepada istiqamah adalah merupakan faktor-faktor yang membawa seseorang ahli itu futur (keciciran) dalam perjuangan Islam. Antara lain, faktor-faktor yang menyebabkan pejuang Islam tercicir di jalan dakwah adalah dikategorikan sebagai berikut:

Pertama : Sebab-sebab yang berhubung dengan gerakan
Kedua : Sebab-sebab yang berkaitan dengan individu
Ketiga : Sebab-sebab luar yang menekan

SEBAB-SEBAB YANG BERHUBUNG DENGAN GERAKAN
1. Kelemahan sudut tarbiyah
2. Tidak meletakkan seseorang di tempat yang sesuai 3. Tidak membahagi-bahagikan kerja kepada anggota
4. Tidak mengambil berat ahli
5. Tidak menyelesaikan persoalan dengan segera
6. Pertikaian dalaman
7. Pimpinan yang tidak layak

SEBAB-SEBAB YANG BERKAITAN DENGAN INDIVIDU
1. Tabi'e yang tidak tetap
2. Takut berlaku sesuatu ke atas diri dan kerjaya
3. Melampau
4. Bermudahan-mudahan
5. Tertipu dengan kedudukan dan bersikap menonjol diri
6. Cemburukan orang lain
7. Fitnah senjataSEBAB-SEBAB LUARAN YANG MENEKAN
1. Tekanan ujian
2. Tekanan keluarga
3. Tekanan persekitaran
4. Tekanan gerakan-gerakan bahaya
5. Tekanan bermuka-muka


Kaedah Mengekalkan Istiqamah

1. Melatih diri untuk mengikhlaskan setiap amalan. Menjauhkan diri daripada kehendak kebendaan.
2. Melakukan sesuatu berdasarkan minat/tanggung jawab, bukan modal peribadi.
3. Memohon bantuan Allah (berdoa) dan meningkatkan hubungan fardiyyah denganNya.
4. Melaksanakan kewajipan agama dengan secara hikmah - berdasarkan kepada kekuatan iman peribadi.
5. Mewujudkan jaringan komunikasi - maklumat ahli - untuk meneruskan perjuangan.


Realiti Istiqamah

1. Kita hendaklah meletakkan diri kita dalam perjuangan seolah-olah kira berada di medan peperangan bersama Rasulullah SAW.
2. Pengalaman sahabat dan generasi awal memelihara aqidah keimanan. Contoh : kisah Ashabul Ukhdud, Bilal bin Rabah. Mus'ab bin Umair, Khubaib al-Aradh dan lain-lain.
3. Istiqamah berasaskan iman dan ilmu syariat, bukannya semangat emosi dan ikut-ikutan.
4. Adanya istiqamah menjamin kepada kelangsungan perjuangan dan dapat membendung keciciran/ keguguran serta mudah hanyut dibawa bawa arus.
5. Kehidupan mahasiswa - giat di kampus tetapi menyepi di medan masyarakat.
6. Pergerakan Jamah sepatutnya bergerak kehadapan dengan mencipta, merangka dan melahirkan. Bukan hanya sekadar mencipta dan merangka sahaja.


“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” (Ali-Imran 139)

Rujukan :
Al-Quran & Terjemahan
Software Holy-Quran Al-Sakh
Panduan Risalah Ta’alim
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Web Site Ust Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan At Tantawi
Web Site Pemuda PAS Pusat
Panduan Usrah UiTM
Perbentangan Kertas Kerja Tamrin Qiadi UiTM
Perbentangan Kertas Kerja PAZ Manhal PMRAM

Thursday, July 17, 2008

Rukun Bai'ah (Amal & Tajarrud)

ARKANUL BAI’AH AMAL DAN TAJARRUD

Sepertimana yang kita ketahui As-Syahid Hassan Al-Banna telah meletakkan sepuluh rukun bai’ah yang mana kesemua rukun bai’ah ini disimpulkan oleh As-Syahid melalui sirah Nabi S.A.W .Jika disingkap kembali sejarah kegemilangan Islam di zaman Nabi S.A.W ,kita dapat menghayati bagaimana Nabi S.A.W dan para sahabatnya memperaktikkan sepuluh perkara yang penting ini.Di sana mereka pernah jatuh dan rebah serta menang dan kalah ,tetapi mereka tetap teguh dengan perjuangan dan sentiasa yakin dengan pertolongan Allah dan jua kemenanganNya.

Firman Allah yang bermaksud:
“Sesunguhnya Allah pasti menolong orang-orang yang menolong agamaNya,sesngguhnya Allah maha kuat lagi maha perkasa”
Surah Al-Hajj: 40

Di antara sepuluh Arkanul bai’ah yang tetapkan oleh As-syahid adalah : Faham,amal,ikhlas.jihad,pengorbanan,taat,teguh,tajarrud,ukhuwah dan thiqah.


AMAL

Firman Allah yang bermaksud:
“ Bekerjalah kamu,maka Allah an rasulNya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu,dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata,lalu diberikan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.”
At-Taubah: 105

Ayat ini menujukkan bahawa setiap amlam yang dikerjakan di dunia ini akan diperhitungkan oleh Allah terhadap hamba-hambNya di hari kiamat nanti. Nabi S.A.W pernah bersabda di dalam yang sahih, “Sesungguhya setiap amalan itu dengan niat dan sesungguhnya bagi seseorang itu dengan apa yang diniatkan”. Maka kita sebagai seorang mukmin lagi mujahid sentiasalah kita menitik beratkan soal niat ini.Niat adalah permulaan bagi sesuatu maqasid( tujuan)

Persediaan amal yang perlu ada bagi setiap individu pejuang:

Pertama:
Hendaklah dia memperbaiki dirinya supaya menjadi seorang mukmin yang kuat dari segala aspek kehidupan.
Mempunyai kesihatan yang baik dan tubuh yang kuat.
Akhlaq yang mantap
Pemikiran yang intelek
Mampu bekerja dan berusaha
Aqidah yang betul
Ibadah yang sahih
Sentiasa bermujahadah terhadad dirinya
Memelihara jiwanya
Prihatin terhadap masanya dan bersistematik
Memberi manfaat kepada orang lain



Kedua:
Pembentukkan rumahtangga yang muslim
Membimbing ahli keluarga supaya memahami Islam dan perjuangan
Memelihara adab-adab Islam dalam kehidupan rumahtangga
Bijak memilih bakal isteri atau suami

Ketiga:
Membimbing Masyarakat
Menyebarkan dakwah,menjalankan amal am’ruf dan nahi munkar

Keempat:
· Membebaskan tanah air
· Mengembalikan kuasa politik dan ekonomi kepada pemerintahan dan undang-undang Islam yang sebenar

Kelima:
Memperbaiki kerajaan sehingga menjadi benar-benar kerajaan Islam
Berkhidmat kepada masyarakat demi untuk menjaga kemaslahatan mereka dan bukan pula mufsadah.
Menerima amanah yang diberikan itu denga penuh rasa tanggungjawab,kerana ianya balak dipersoalkan di akhirat kelak.

Keenam:
Mengembalikan kedudukan alammiyyah Negara-negara kepada umat Islam dan membebaskan tanah airnya dan mengembalikan kegemilangannya
Menyatukan suara-suara umat Islam di seluruh dunia sehingga terbangunnya khilafah islamiyyah.

Ketujuh:
Memimpin dunia dengan menyebarkan da’wah Islam di segenap pelusuk dunia

Firman Allah yang bermaksud:( Sehingga tidak menjadi fitnah dan agama itu semuanya milik Allah) Al-Anfal:39


TAJARRUD

Berkata As-syahid Hasan Al-Banna, maksud tajarrud ialah mengosongkan fikrah dari segala dasar dan individu selainnya ,kerana fikrah kamu adalah yang paling mulia ,paling mencakupi dan mulia

Firman Allah taala yang bermaksud
“Adalah bagi kamu pada kisah Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya teladan yang baik,ketika mereka berkata kepadakaum mereka:kami berlepas diri dari kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah,kami mengingkari kekufuran kamu,dan telah nyata di antara kami dan kamu permusuhan serta kebenciaan buat selama-lamanya,sehinggalah kamu beriman kepada Allah sahaja”
Al-Mumtahanah: 4

Makna tajarrud dari segi syara’ialah beribadat semata-,ata kerana Allah bukan selainNya.Pegerakkan,diam sembunyi dan nyata hanya kerana Allah,tiada berbaur dengan hawa nafsu,dunia,kemegahan dan kekuasaan.

Dalam erti kata yang lain pula kita boleh mengertika tajarrud itu ialah kita menyakini dan mempercayai kebenaran perjuangan itu dengan sepenuhnya walaupun kita terpaksa berhadapan dengan keluarga sendiri.,sepertimana tajarrud yang di lakukan oleh Nabi S.A.W yang terpaksa memerangi bapa saudaranya sendiri Abu Jahal di dalam peperangan badar.

Sifat tajarrud adalah perlu untuk menyatukan sas-saf para petugas Islam dan ia adalah salah satu dari rukun dakwah.Seseorang Islam itu tidak akan dapat melaksanakan dan membengunkan da’wah melainkan setelah memiliki sifat tajarrud.

Al-Maududi berkata:Sesungguhnya fikriyyah yang diseru oleh para aktivis yang berlemah-lembut,benar,hati yang jernih,dan ikhlas beralaml,berpegang pada prisip,kosong dari sebarang kepentingan nafsu,sememangnya dapat mencari kebahagiaan untuk manusia dan menjanjikan kesejahteraan dan kerehatan kepada manuasiayang berada di dalam kesusahan.Hasilnya,hati-hati yang ada secebis kebaikan pasti akan tertarik dengan da’wah ini

Bagi mereka yang ingin menegakkan kebenaran ini di atas muka bumi,maka perlulah mendirikannya di dalam diri mereka terlebih dahulu,di dalam hati dan kehidupan mereka,pada gambaran AQIDAH ,AKHLAQ, IBADAT DAN TINGKAH LAKU.”

Antara tajarrud yang benar ialah seperti Abu Bakar As-siddiq. Beliau telah membelanjakan hartanya untuk menylamatkan mereka yang tersiksa dan golongan yang tertindas di Makkah.Memelihara perantau yang berakad setia,dan ikhlas kerana Allah.Lalu tuunkan ayat Al-Quran yang memberi khabar gembira tentang amalam mulia yang dikerjakan kerana apa yang beliau kerjakan hanyalah semata-mata kerana mengharapkan kerdhaan Allah.

Firman Allah yang bermaksud:
“ Dan sebaliknya akan dijauhkan azab neraka itu darpada orang yang sungguh bertaqwa,yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya,sedang ia tidak menanggung budi sesiapa pun,yang patut dibalas,hanyalah mengharapkan keredhaan TuhnaNya Yang maha Tinggi;Dan sesungguhnya,ia tetap akan berpuas hati pada hari akhirat,dengan mendapat segala yang diharapkan”
Al-Lail: 17-21

Di antara taarif tajarrud yang disebut dalam kitab Ruknul Tajaarud karangan Dr Abd Halim Mahmud ,salah seorang ulama Al –Azhar Mesir.
Tajarrud:menanggalkan atau menyucikan
Menyucikan hati dari apa yang selain Allah
Menanggalkan apa yang di dalam hati dan akal itu dari apa yang selain kebenaran
Melepaskan diri (Al-Bara’) membebaskan diri dari setiap apa yang disembah selain Allah.

Penjelasan:Kalimah (buraa’)dalam surah Al-Mumtahanah:4 menunjukkan pengertiaan (wala’) dari pengikut-pengikut Nabi Ibrahim daripada menyembah selain Allah,dan mereka tidak syirik dengan apa yang mereka sembah iaitu Allah S.W.T.

Tajarrud dalam sesuatu harakah itu,kita melakukan setiap kerja itu kerana islam dalam segala aspek sama ada dari segi kemasyarakatan,politik , ekonomi atau dalam jihad sendiri.Dalam erti yang lain kita mempercayai bahawa fikrah yang kita bawa ini adalah fikrah yang benar,dan kita tidak meraguinya lagi.

Di antara contoh-contoh Tajarrud

Nabi Muhammad S.A.W:
Ketika mana nabi S.A.W mula menyebarkan dakwahnya di rumah Al-Arqam bin Abi Arqam yang mana setelah itu bapa saudaranya Abu Talib datang menemui beliau dan menyuruh beliau menghentikan kerja dakwah itu,nabi berkata:wahai bapa saudaraku sekalipun diletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku,aku takkan tinggalkan urusan ini sehinggalah Allah menzahirkannya ataupun aku binasa dalam mendapatkannya.

Umar R.A
Kisah yang diriwayatkan oleh Zaid bin Aslam
Aslam adalah hamba kepada Umar,ketika khalifah keluar bersama Aslam untuk meninjau keadaan penduduknya .Dalam kegelapan malam itu ,Umar melihat seorang wanita yang sedang mendidihkan air sambil anak-anaknya menangis kelaparan.kerana ketiaadaan makanan wanita itu mendidihkan air sehinggalah anak-anak itu tertidur.Setelah Umar melihat keaadan yang demikian Umar Al-khattab menangis kerana beliau merasakan bahawa beliau tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.Kemudian beliau pulang ke Darus sadaqah untik mengambil barang –barang seperti,gandum,minyak dan pakaian untuk dibawakan untuk wanita dan anank-anaknya tadi.Beliau meletakkan semua barang-barang itu di dalam sebuah gundi dan membawanya dengan sendiri ,kerana kata beliau Aku bakal dipersoalkan di akhirat nanti.Kemudiaanya beliau sendiri memasakkannya dan memberikan makanan untuk anak-anak itu,sehinggalah ibu dan anak-anak itu kelihatan gembira.

Abu Ubaidah Aamir bin Jarrah yang digelar dengan Aminun Ummah
Di dalam peperangan Uhud beliau telah membunuh bapanya sendiri begitu jua dengan
Mus’ab bin Umair yang membunuh abangnya sendiri,dan Umar Al-Khattab memebunuh bapa saudaranya
Al-‘as bin Hisyam bin Al-Mughirah dalam peperangan Badar.Kejadiaan inilah yang menjadika Asbabul Nuzul bagi ayat 22 dari surah Al-Mujadalah.

Rukun Bai'ah (Fahmu & Ikhlas)

بسم الله الرحمن الرحيم

Tajuk : Arkanul Baiah
· Al-Fahmu
· Ikhlas

1.1 - MUQADDIMAH

Ta’rif Arkanul Baiah : Salah satu asas (otot) dalam penbentukan pejuang , bertujuan untuk membina kekuatan dalaman dalam menangkis serangan sifat mazmumah , rangka asas bagi perangcangan program dan strategi dalam tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah atau pembentukan Harakah Islamiyyah .

Asal usul : Asy – Syahid Al – Imam Hassan Al – Banna .

Tujuan : Menjadi salah satu agenda atau maddah tarbiyyah untuk mengerakkan/mengkaderkan anggota jemaah dan melengkapkan anggota jemaah sebagai Ansarullah ( Tentera Allah swt)

Struktur : Terdiri daripada 10 rukun yang yang sabit dengan nas , hadis Rasulullah saw , ucapan – ucapan para sahabat ra dan dijelaskan secara mendalam melalui Asy – Syahid Al – Imam Hassan Al – Banna , dipaparkan melalui gerakan Ikhwanul Muslimin serta para pendokongnya .

1.2 - Rukun Pertama : Al – Fahmu

Ta’rif : Kefahaman Islam yang jelas dan sahih dari segenap segi termasuk gerakkerja dalaman dan luaran , prinsip – prinsip asas Islam dalam perjuangan , strategi , operasi dan sebagainya .

Penjelasan : Sabit melalui nas dan hadis , dan dijelaskan secara mendalam melalalui Usul 20 .

Usul 20 :
· Memahami bahawa Islam adalah satu sistem yang lengkap (syumul) mencakupi seluruh bidang kehidupan.
· Memahami bahawa Al-Quran dan Sunnah adalah sumber rujukan bagi setiap orang muslim dalam memahami segala hukum-hakam Islam.
· Memahami bahawa iman yang benar, ibadat yang sah dan mujahadah merupakan cahaya kemanisan yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya kasyaf, mimpi, ilham dan lintasan-lintasan hati tidaklah menjadi dalil hukum Islam (syarak) dan tidak boleh dibuat pegangan kecuali jika ianya bercanggah dengan hukum-hakam Islam dan nas-nas agama.
· Memahami bahawa semua jenis tangkal, jampi, mantera, tilikan dan ramalan, mengaku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, nujum atau apa sahaja yang seumpamanya adalah satu kemungkaran yang wajib diperangi kecuali jika jampi-jampi tersebut terdiri dari ayat-ayat Al-Quran dan doa yang ma'thur yang pernah dibuat oleh Rasulullah s.a.w.
· Memahami bahawasanya pendapat Imam dan naibnya dalam perkara-perkara yang tidak ada nas yang jelas dan dalam masalah yang boleh ditafsirkan dengan lebih dari satu pentafsiran dan dalam perkara yang melibatkan maslahah mursalah, boleh diamalkan (dipegang) selama ia tidak berlawanan dengan kaedah-kaedah syarak.
· Memahami bahawa sesungguhnya perkataan dari seseorang itu boleh diambil dan boleh ditolak kecuali perkataan Rasulullah s.a.w yang maksum.
· Memahami bahawa bagi seseorang Islam yang taraf keilmuannya belum sampai ke peringkat mampu meneliti dalil-dalil hukum-hakam Syariat Islam maka hendaklah dia mengikuti salah seorang dari Imam-imam (mujtahid) dalam Islam.
· Memahami bahawa perbezaan-perbezaan (pentafsiran dan pegangan) dalam hukum-hakam fekah dalam soal-soal cabang (furu') tidak harus dijadikan sebab perpecahan dalam agama.
· Memahami bahawa perbincangan tentang masalah yang tidak mendatangkan hasil adalah termasuk di dalam erti takalluf (usaha yang memberatkan) yang ditegah oleh agama.
· Memahami bahawa mengenali Allah SWT, mentauhidkannya dan menyucikannya (dari segala sifat kekurangan) adalah setinggi-tinggi akidah Islam. Kita beriman dengan ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Sahih tentang sifat-sifat Allah sebagaimana zahir ayat-ayat tanpa takwil dan juga tanpa membekukan nas-nas tersebut.
· Memahami bahawa setiap amalan bidaah di dalam agama Allah (Islam), yang tidak ada asal-usulnya mestilah dihapuskan dengan cara yang paling bijak.
· Memahami bahawa bidaah Idhafiyyah (yang ditokok-tambah), bidaah tarkiyyah (bidaah yang meninggalkan amalan yang sunnah) serta beribadat dengan cara tertentu di dalam ibadat-ibadat mutlak (khusus) adalah masalah khilafiah dalam fikah di mana setiap golongan mempunyai pendapatnya sendiri. Tidak mengapa jika dibincangkan dengan tujuan memberi kebenaran yang disertakan dengan dalil dan keterangan (bukti).
· Memahami bahawa mengasihi orang-orang yang salih, menghormati mereka dan menyebut kebaikan-kebaikan mereka yang kita ketahui adalah satu sikap yang akan membawa kita bertambah dekat dengan Allah s.w.t.
· Memahami bahawa menziarahi kubur walau bagaimana sekalipun keadaannya adalah suatu perkara sunnah yang disyariatkan mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
· Memahami bahawa berdoa kepada Allah yang diiringi dengan bertawassul kepada makhluknya yang tertentu (orang-orang salih) adalah perkara khilafiah furu'ie tentang cara-cara berdoa. Ia bukanlah satu persoalan akidah.
· Memahami bahawa adat-adat kebiasaan manusia yang salah tidak dapat mengubah pengertian hakiki dari lafaz syarak.
· Memahami bahawa akidah (yang bersih) adalah asas segala amalan dan amalan hati adalah lebih penting dari tubuh-badan. Mencari kesempurnaan dalam kedua-dua bidang amal ini adalah dituntut oleh syarak sekalipun tuntutan itu berbeza-beza mengikut keadaan.
· Memahami bahawa Islam memberi kebebasan kepada akal dan mendorongnya supaya memerhati dan mengamati rahsia-rahsia alam, malah Islam mengangkat darjat dan martabat ilmu dan para ulama (ilmuan) serta mengalu-alukan segala hasil kajian ilmiah yang memberi manfaat.
· Memahami bahawa pandangan syarak dan pandangan akal ada kalanya kelihatan tidak seiring tetapi syarak dan akal tidak bercanggah dalam perkara yang qat'ie (telah jelas dengan dalil). Oleh itu hakikat ilmiah yang sah sekali-kali tidak akan bercanggah dengan kaedah syariat yang tetap. Apabila terdapat sesuatu penentangan maka perkara-perkara yang bersifat zanni (atau perkara-perkara yang pendapat akal biasa semata-mata) itu, hendaklah diulas dan ditakwilkan supaya sesuai dengan hakikat qai'ie, tetapi seandainya terdapat pertentangan di antara kedua-dua perkara yang bersifat zanni berlaku maka hendaklah diutamakan pandangan syarak dakal biasa dan pandangan syaraklah yang lebih patut disehinggalah peperkara zanni akal tadi benar-benar dapat dibuktikan kebenarannya. Jika tidak demikian maka gugurlah pandangan akal itu dengan sendirinya.
· Janganlah mengkafirkan seorang muslim yang berikrar dengan dua kalimah syahadat dan beramal dengan tuntutan-tuntutannya serta menunaikan perkara-perkara yang diwajibkan sama ada kerana ia berpegang kepada pendapat tertentu atau melakukan maksiat - kecuali ia sendiri berikrar dengan mengakui kekufuran atau melakukan sesuatu perbuatan yang tidak boleh ditakwilkan lagi kecuali dengan makna kufur.

1.2.1 – Objektif

1.2.1.1 – Membentuk kefahaman yang jelas dengan mengambil atau mengkaji gerakan Ikhwan Muslimin dan menghubungkaitkan dengan gerakan – gerakan Islam semasa baik di dalam atau di luar negara
1.2.1.2 – Mengkhususkan ruang lingkup kajian kepada gerakan Islam yang dianggotai ( H & P ) , dengan mengambil kira aspek sejarah dan perancangan masa hadapan
1.2.1.3 – Melihat secara khusus dari aspek sejarah kesan daripada kefahaman yang tidak jelas terhadap Islam dan seterusnya melihat kesannya kepada Harakah Islam

1.2.2 – Pengisian dan Kandungan
1.2.2.1 – Ta’rif / Definisi ( Syara’ & Bahasa )
· Islam
· Faham
· Harakah Islamiyyah
· Islamiyyah Harakiyyah
· Tarbiyyah


1.2.2.2 – Kajian gerakan Islam secara umum
· Ikhwan Muslimim
· H
· MSM
· P
· JIM
· Tabligh
· ABIM
· Etc

1.2.2.3 – Perbandingan gerakan dan analisa secara mendalam
· Sejarah gerakan dari segi penglibatan , kesan , perubahan dan gerak kerja
· Manhaj tarbiyyah yang dilaksanakan dan kesan terhadap anggota serta kesan terhadap masyarakat (mad’u)
· Perancangan gerakan dari segi strategi dan operasi , mekanisma suap balik yang diambil dalam masalah yang timbul
· Kefahaman gerakan dari sudut pandangan pemimpin dan ahli

1.2.2.3 – Kesan kefahaman yang tidak mendalam ( salah faham )
· Masalah kefahaman yang tidak “parallel” antara gerakan – gerakan yang wujud dan antara pemimpin dengan ahli dalam gerakan dan antara ahli dengan ahli dalam gerakan yang khusus
· Masalah “line of authority” yang tidak jelas dalam gerakan
· Kesan yang timbul akibat dari salah faham dalam gerakan dari segi tarbiyyah , gerak kerja , etc
1.2.2.4 – Langkah – langkah yang perlu diambil dalam menjelaskan kefahaman pemimpin dan ahli gerakan .
· Kefahaman hidup berjemaah
· Sikap berlapang dada & bersangka baik
· Ukhuwwah
· Tarbiyyah

1.2.3 – Penutup
· Mengambil iktibar daripada kaedah Asy – Syahid Al – Imam Hassan Al – Banna dalam menyatukan kefahaman yang berbeza yang wujud dalam mazhab ( salaf dan khalaf , 4 mazhab yang utama )
· Menitik beratkan kepentingan kefahaman yang sama terhadap perkara – perkara dasar/akar Islam , dan tidak meletakkan kefahaman yang berbeza terhadap perkara furuq sehinggan menimbulkan perbalahan .


1.2.4 – Kesimpulan
Iaitu faham dan seterusnya meyakini bahawa fikrah kita adalah Fikrah Islamiah yang sebenar. Kefahaman adalah kunci kepada keselamatan dan kejayaan dakwah kita kerana tidak mungkin Islam itu diperjuangkan oleh mereka yang tidak memahami Islam itu sendiri. Pepatah Arab pernah menyebut (ﻪﻳﻁﻌﻳ ﻻ ﺀﻲﺷﻟﺍ ﺩﻗﺎﻓ) yang bermaksud “orang yang tidak memiliki sesuatu itu tidak mungkin dapat memberinya”.Kefahaman yang dikendaki di dalam Rukun Bai’ah ini meliputi pecahannya yang dikenali sebagai al-Usool al-Isyreen (Usul 20) oleh al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna

RUJUKAN

Arkanul Baiah - Ust Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan At Tantawi
Web Site Ust Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan At Tantawi
· http://axelfresno.freewebservices.net/h/hasrizal/articles/petugas.htm
· http://www.al-islam.com/articles/articles-m.asp?fname=Part2_Chapter7

Tuesday, July 15, 2008

Pengenalan Rukun Bai'ah

Tajuk: Pengenalan Konsep Baiah Dan Arkanul Baiah


Muqaddimah

Baiah adalah satu istilah yang diambil daripada perkataan jual beli,yang berhajat kepada syarat-syarat dan rukun-rukunya.Pengertian baiah adalah satu perjanjian dengan memberi sepenuh ketaatan dan kesetiaan kepada seseorang meskipun ianya menghabiskan harta-benda, dan membebankan atau mengorbankan jiwa dan tenaganya selama mana perjanjian itu berada di dalam keredhaan Allah s.w.t. Dan pada masa yang sama di beri ganjaran yang istimewa oleh Rabbul Jalil.


Firman Allah s.w.t :

{يا أيها الذين آمنوا أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولى الأمر منكم}
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman,taatilah Allah dan taatilah rasulnya dan ulil amri di kalangan kamu.
An-nisa’59.

Dan Firman Allah s.w.t lagi :
· a
{إن الله اشترى من المؤمنين أنفسهم وأموالهم بأن لهم الجنة يقاتلون في سبيل الله فيقتلون ويقتلون،وعدا عليه حقا في التوراة والإنجيل والقرآن،ومن أوفى بعهده من الله فاستبشروا ببيعكم الذي بايعتم به،وذلك هو الفوز العظيم.}

Maksudnya:
Sesengguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin,jiwa raga,harta benda mereka dengan gentian syurga untuk mereka. Mereka berpegang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau dibunuh.Itu telah menjadi janji yang benar dari Allah di dalam kitab Taurat,Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain daripada Allah, maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang palig besar.
At-taubat 111.


Sejarah Pensyariatan Baiah

Firman Allah s.w.t :

{لقد رضي الله عن عن المؤمنبن إذ يبايعون تحت الشجرة فعلم ما في قلوبهم فأنزل الله السكينة عليهم وأثابهم فتحا قريبا، ومغانم كثيرة يأخذونها، وكان الله عزيزا حكيما}



Maksudnya :
Sesungguhnya Allah telah meredhai terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memeri balasan kepada mereka dengan kemenangan yang hampir.
Al-fath 18


Hakikat Baiah

Baiah pada hakikatnya adalah dengan Allah s.w.t tanpa mempersia-siakan dan membatalkan salah satu daripada rukun-rukun baiah.

Firman Allah s.w.t :
{إن الذين يبايعون الله يد الله فوق أيديهم، فمن نكث فإنما ينكث على نفسه، ومن أوفى بما عاهد عليه الله فسيؤتيه أجرا عظيما}

Maksudnya :
Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu, sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah.Tangan allah di atas tangan mereka, maka barangsiapa yang melanggar janjinya nescaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri, dan barangsiapa yang menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya ganjaran pahala yang besar.
Al-fath 10


Tujuan Dan Kepentingan Baiah

Petikan daripada ayat-ayat di atas, Allah s.w.t telah menerangkan kepada hamba-hambanya yang beriman bahawasanya dialah Allah yang membeli dan orang-orang beriman itu sebagai penjualnya dan bayarannya adalah syurga di akhirat kelak.Dan apabila selesainya baiah diantara seseorang mukmin dan tuhannya maka tiadalah harta
dan jiwa raganya itu menjadi halangan untuk berjihad dijalan Allah s.w.t bagi menegakkan kalimatullah لإعلاء كلمة الله هي العليا dan وليكون الدين كله لله .
Daripada konsep baiah inilah satu-satunya cara untuk mengembalikan semula kemulian dan kedaulatan Islam yang telah lama dihapuskan oleh golongan kuffar yang ingin melihat Islam itu hanya berkisar pada ibadat semata-mata.
Baiah Dalam Jemaah

Baiah dalam jemaah iaitu di atas jihad pada jalan Allah s.w.t untuk menegakkan kalimah Allah s.w.t dengan diperolehi ganjaran syurga daripada Allah s.w.t pada hari pertemuan nanti berserta kelebihan-kelebihan dan rahmat-rahmatnya.
Sebagaimana satu ibarat yang telah disebut oleh Assyahid Imam Hassan Al Banna (البيعة )
Iaitulah baiah Ikhwan kepada ketua mereka untuk berjihad pada jalan Allah s.w.t dengan harta benda dan jiwa raga mereka, sehinggalah ia mengemudinya dengan manhaj-manhaj Islam dan sistem-sistemnya dalam kehidupan seharian.

Sebenarnya baiah itu bukanlah semata-mata untuk khalifah atau ketua negara yang telah dilantik oleh Ahlul Halli Wal Aqdi, akan tetapi ianya merangkumi semua untuk ketua mana-mana Harakah Islam yang bersedia untuk menegakkan kalimah Allah s.w.t.

Bagi mana-mana Harakah Islam yang tujuannya semata-mata untuk menegakkan kalimah Allah s.w.t, di sana Assyahid Imam Hassan Al Banna telah menyediakan formula kearah itu, diantaranya ARKANUL BAIAH. Insyaallah di dalam kertas kerja ini kita akan bincang sedikit sebanyak mengenainya.


Kelebihan Berpegang Dengan Baiah

Bertolak daripada ayat Al-Quran (surat al-fath ayat 18)menunjukkan bahawa mereka yang berbaiah diberikan oleh Allah s.w.t dengan ketenangan dan keteguhan jiwa dan juga dianugerahkan oleh Allah s.w.t dengan kemenangan yang terlalu dekat jika sekiranya mereka yang berbaiah itu berpegang teguh dengan baiah itu sepertimana kisah yang telah diceritakan oleh Al-Quran di dalam surah ini.

Dan mafhum daripada ayat Al-Quran (surat At-Taubat ayat 111) menyatakan bahawa Allah s.w.t telah mengadakan jual beli(iaitu baiah) diantara orang-orang yang beriman yang telah mengorbankan seluruh harta bendanya di jalan Allah s.w.t dengan balasan syurga di akhirat kelak, itu adalah salah satu berita gembira terhadap mereka yang berpegang teguh dengan janjinya.

Yang seterusnya daripada ayat Al-Quran(surat Al-Fath ayat 10) dan juga hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Daud di dalam kitab al-buyu’ yang menyatakan bahawa Allah s.w.t sentiasa bersama dengan orang-orang yang mengadakan perjanjian selagimana mereka itu tidak mengkhianati janjinya itu.

Akibat Terhadap Yang Melanggar Baiah.

Akibat bagi mereka yang melanggar baiah samalah juga dengan balasan orang yang melanggar janji di sisi Allah s.w.t iaitu dihukum sebagai seorang yang mempunyai sifat kemumunafiqan sepertimana kata-kata rasulullah s.a.w di dalam hadisnya.

Dan bagi sesuatu jemaah itu berhak untuk memulaunya ataupun diberi amaran terlebih dahulu kemudiannya digantung keahlian sehinggakan dibuang daripada keahlian jika ianya seorang yang dilihat merbahaya kepada jemaah.

Sebenarnya mereka yang melanggar baiah itu ialah seorang yang merugikan dan menyakitkan dirinya sendiri dengan balasan-balasan yang akan ditimpa keatas dirinya tanpa diketahui bila-bila masa sahaja, kerana ayat ini (iaitu ayat yang ke 10 dari surah al-fath) tidak menyatakan jenis balasan dan waktunya.



Pengenalan Arkanul Baiah

Berkata Imam Assyahid Hassan Al-Banna Rahimahullah :

(( أيها الإخوان الصادقون!! أركان بيعتنا عشرة فاحفظوها :
الفهم، والإخلاص، والعمل، والجهاد، والتضحية، والطاعة، والثبات، والتجرد، والأخوة، والثقة))

Apa yang kita faham daripada petikan ini ialah daripada beberapa perkataan diantaranya
فاحفظوها , بيعة , أركان
dan rukun-rukun yang yang seterusnya.

Maka di sini dibawa penakrifan ( أركان ) iaitu salah satu sudut apabila ditinggalkannya maka terbatal baiah itu, atau apa-apa yang boleh menguatkan samada menguatkan kerajaan, ketenteraan dan seumpama dengannya.

Dan seterusnya pengertian daripada perkataan( البيعة ) telah di jelaskan diatas.

Dan daripada perkataan ( فاحفظوها) memaksudkan dua perkara:
1- Menjaga dan memahami
2- Beramal dengan tututannya


Pembahagian Rukun-rukun Baiah dan Kepentinganya.


1- ( الفهم ) Faham

Bermaksud memahami agama Islam dengan kefahaman yang betul,syumul lagi sempurna tanpa sebarang penambahan dan pengurangan .
Daripada rukun ini dibina 20 usul untuk difahami dan daripada 20 usul ini pula di ringkaskan kepada 11 asas kefahaman mengenai Islam :

1- Kesyumulan Islam
2- Sumber asas –rukun Islam
3- Hakikat Iman
4- Siasah syar`iyyah
5- Masalah khilafiyah
6- Cara-cara menangani perkara-perkara bida`h
7- Martabat orang-orang soleh dan para ulama
8- Cara berintraksi dengan Al-Quran dan Sunnah
9- Asas amal
10- Martabat ilmu dan fungsi akal
11- Isu kafir-mengkafir

Rukun ini boleh menyelesaikan kedangkalan fikrah dan kefahaman mengenai Islam yang berkemungkinan di sana ada pendaie-pendaei atau pejuang-pejuang tersasar dari hadaf perjuangan yang sebenar.


2-( الإخلاص ) Ikhlas.

Ikhlas itu hanya kepada Allah s.w.t didalam setiap amalan yang berteraskan agama Islam.

Rukun ini boleh menghapuskan perasaan ego yang berada di dalam hati seseorang dan perasaan dengki- mendengki antara satu-sama lain yang boleh menyebabkan adanya politik cantas-mencantas. Dan hukum ini sekaligus melengkapkan syarat kemengan bagi sesebuah Harakah Islamiyyah .

3-( العمل ) Amal

Iaitu melakukan gerak-kerja kerana agama (Islam) dengan mengislahkan diri dan keluarga seterusnya masyarakat dan negara.

Masalah overlap dan krisis tenaga dalam jemaah dapat dibendung melalui rukun ini,dan seterunya ia turut mengaktifkan jemaah dalam pelbagai lapangan amal Islami


4-( الجهاد ) Jihad

Iaitu mengeluarkan sepenuh kesungguhan terhadap Islam samaada melalui gerak kerja,sumbangan harta benda dan seumpama denganya.

Rukun Al-Jihad ini dapat melahirkan pejuang yang meletakkan Islam di atas segala kepentingan hidup yang lain serta bermati-matian mempertahankan kesuciannya.


5- ) التضحية) Pengorbanan

Iaitu mengorbankan jiwa raga, harta benda dan juga masa semata-mata kerana Allah s.w.t.

Daripada rukun Tadhiyyah ini, ia dapat menguatkan jemaah dengan kesediaan pejuang-pejuang untuk mewaqafkan diri dan berkorban apa saja kerana Islam. Hal ini dapat melancarkan gerak kerja jemaah dan dapat menyelesaikan masalah main alasan yang sering mengundang ketergendalaan operasi dan stratigi.


6- ( الطاعة ) Taat

Taat, patuh, setia terhadap arahan Allah s.w.t dan rasulnya s.a.w semasa senang dan susah, dan semasa rajin dan malas.

Ianya dapat menghidupkan jentera jemaah dan mengemaskini pergerakan sehingga mencapai hadaf dengan jaya. Ia juga bererti segala lubang musuh untuk memecah kesatuan jamaei tertutup rapat. Segala arahan dan peraturan jemaah dapat direalisasikan sebagaimana yang dirancang.


7- ( الثبات ) Teguh / Tetap

Teguh di atas agama Islam dari segi aqidah, syariat dan amalan,meskipun memakan masa terlalu lama untuk sampai kepada hadaf atau tujuan sebenar.

Firman Allah s.w.t :
{ لو كان عرضا قريبا وسفرا قاصدا لاتبعوك،ولكن بعدت عليهم الشقة....}

Maksudnya :
(Kalau yang kamu seru kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh lagi banyak masyaqqah.)
At-taubat 42

Rukun ini dapat memanjangkan hayat perjuangan sehingga tujuan yang sebenar dapat dicapai, sekalipun perjuangan itu berlangsung dalam lingkungan mustakbirin yang sentiasa menanti peluang untuk menghancurkan gerakan Islam dengan usaha mereka yang bertubi-tubi.


8- ( التجرد ) Tulus

Iaitu bebas daripada fikrah-fikrah yang bertentangan dengan ajaran Islam dan juga bebas daripada orang perseorangan ataupun mana-mana pemimpin sehinggakan semua pekerjaan dan amalan tulen semata-mata kerana Islam.

Rukun ini membawa pejuang-pejuang Islam keluar dari krisis wala’ dan dilema fikrah dan selamat dari lambaiaan ``Duatun ala abwabi jahannam’’ sehingga minda, fizikal dan roh mereka tulen kerana Allah s.w.t.


9- ( الأخوة ) Persaudaraan

Persaudaraan di atas dasar Islam yang melihat kepada asal-usul kejadian manusia daripada seorang ibu dan ayah yang satu iaitu nabi Adam a.s dan Hawwa’.

Rukun ini dapat menyelamatkan daripada binaasaa angkara perbalahaan dan pertelingkahan sesama sendiri dan juga krisis beribadi anggota jemaah.Sekaligus ianya membina kasih sayang diantara satu sama lain dan mencetus kombinasi kerja yang jitu setelah mengikis prasangka dan su’ zhon dengan semangat persaudaraan Islam yang tinggi.


10- ( الثقة ) Thiqah: percaya

Percaya diantara satu sama lain di dalam segala gerak kerja yang berteraskan Islam dan juga melahirkan kethiqahan di dalam kepimpinan amal kerana Islam.

Rukun ini dapat menutup ruang musuh untuk memporak-perandakan jemaah,serentak itu terbentuk suasana tenang dan harmoni yang memungkinkan rahsia jemaah terpelihara dan gerak kerja jemaah secara detail dapat dihalusi dan dinilai dengan bijaksana, pengagihan tugas dan pengarahan tanggungjawab dapat dilangsungkan sebaik mungkin sedang ia antara asas kekuatan dalaman.


Penutup

Baiah dan rukun-rukunya secara keseluruhannya jikalau diamalkan, ianya dapat mengembalikan kekuatan ummah sekaligus dapat mengembalikan kedaulatan Islam yang telah lama dirampas.

Sepuluh rukun baiah ini adalah salah satu cara untuk mengubati penyakit-penyakit umat Islam zaman ini dan ianya adalah satu manhaj yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada Assyahid Imam Hassan Al Banna untuk diamalkan oleh orang perseorangan dan juga Harakah Islamiyah.

Rujukan:

1- Fahmu Usulul Islam
(Dr. Ali Abd Halim Mahmud)

2- Fiqh Da’wah
(Mustaffa Masyhur)

3- Buku huraian Arkanul Baiah
(oleh : Ustaz Nasaruddin Hasan Tantawi)

Ciri-ciri Ahli Syura.


Ciri-ciri ahli syura:

Ahli syura merupakan individu yang paling penting dalam sesuatu organisasi mahupun negara selepas pemimpin itu sendiri kerana merekalah yang membuat keputusan dan menentukan hala tuju organisasi tersebut. Secara ringkasnya, seseorang yang hendak dilantik menjadi ahli syura hendaklah merupakan seorang yang1:

i. mengetahui masalah-masalah pokok (Al-Usul) dalam syariat Islam dan hukum-hukum atau/dan
ii. dapat merujuk masalah-masalah itu kepada Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qias dengan faham akan maksud dan maknanya yang muktabar dan
iii. hendaklah seorang yang adil yakni tidak melakukan dosa besar atau terus menerus melakukan dosa kecil

Maka, dapatlah dilihat bahawa sebaik-baik ahli majlis syura adalah mereka yang terdiri daripada kalangan ahli ulamak. Namun demikian, ketiadaan mereka yang mempunyai ciri-ciri di atas tidaklah bermakna amalan syura harus ditinggalkan. Dalam konteks ini, ahli syura hendaklah dipilih di kalangan orang yang paling afdhal dan layak ketika itu serta mempunyai ciri-ciri mukmin yang lain seperti2:

i. Amanah
ii. Luas pengetahuan dan panjang akal dalam memikirkan sesuatu permasalahan
iii. Berpandangan jauh
iv. Tawadhu’ dengan pandangan sendiri dan tidak memandang rendah cadangan orang lain
v. Tidak bersifat pemarah, suka berbalah dan tergopoh-gapah dalam tindakan
vi. Sentiasa mengutamakan kemaslahatan ramai daripada diri sendiri

Selain daripada ciri-ciri di atas, terdapat juga ciri-ciri lain yang lebih bersifat khusus yang perlu dipunyai dan diamalkan oleh setiap ahli syura terutamanya semasa berlangsungnya musyawarah. Antara ciri-ciri tersebut adalah3:

i. Ahli syura mestilah meletakkan suatu neraca timbangan di antara bai’ah yang diberikan kepada pemimpin tertinggi dalam konsep as-sami’ wa tho’ah dan juga konsep memberi nasihat dan pandangan dalam permesyuaratan.
ii. Mengamalkan konsep al-tasamuh (bertolak ansur)
iii. Meletakkan pandangannya di antara antara kebenaran dan kebatilan dan bersedia untuk diperbetulkan. Ini kerana kaedah dalam Islam adalah untuk mencari kebenaran sama ada Muslim itu memberi nasihat dan pandangan ataupun meminta nasihat dan pandangan.

Kepatuhan Kepada Keputusan Syura

Para ulamak telah berselisih pendapat dalam menentukan kepatuhan dan perlaksanaan terhadap keputusan yang dibuat oleh syura. Persoalan perlu atau tidak mengikut keputusan yang dibuat oleh syura timbul apabila tidak wujud permuafakatan antara keputusan yang dibuat oleh majoriti ahli syura dengan keputusan oleh pemimpin atau pemerintah.

Pendapat pertama menyatakan bahawa adalah menjadi hak pemerintah untuk menentukan pilihannya dalam sesuatu musyawarah walaupun keputusan itu berbeza dengan keputusan majoriti ahli syura. Pendapat kedua pula menyatakan bahawa pemerintah wajib mengikut keputusan syura walaupun pandangan pemerintah yang diyakini akan kebenarannya menyanggahi keputusan majoriti ahli syura. Pandangan yang kedua dinggap rajih oleh Dr. Abd Kadir Abu Faris berdasarkan ijtihadnya yang berpandukan nasus Al-Quran dan sunnah Baginda SAW serta pelaksanaan Khulafa’ al Rasyidin.4

Firman Allah SWT:

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظّاً غَلِيظَ الْقَلْبِ لاَنْفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِى الاٌّمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
(Surah Ali Imran:159)

Maksudnya: “Maka disebabkan rahmat Allahlah kamu (wahai Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekira kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka manjauhkan diri dari sekelilingmu. Demikian itu, maafkanlah dan pohonlah keampunan bagi mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan tersebut. Maka apabila kamu telah bertekad dalam sesuatu perkara maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.”

Frasa “bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan tersebut” dalam ayat di atas telah ditafsirkan oleh para ulamak sebagai kewajipan dalam melaksanakan syura. Keputusan seterusnya dipilih daripada pendapat yang mewakili kebanyakan suara ahli syura sebagaimana yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Ayat “maka apabila kamu telah bertekad dalam sesuatu perkara maka bertawakkallah kepada Allah” pula menjelaskan tentang al-`azam iaitu azam terhadap pendapat yang terbanyak seterusnya meletakkan tawakkal hanya kepada Allah SWT.5

Kata Ustaz Muhammad Rashid Redha dalam Tafsir Al-Manar6:
“Ayat `maka apabila kamu telah bertekad dalam sesuatu perkara maka bertawakkallah kepada Allah’ iaitu apabila kamu telah berazam ke atas sesuatu perkara selepas melakukan musyawarah untuk melaksanakan apa yang diambil oleh musyawarah tersebut, maka bertawakkallah kepada Allah SWT. Janganlah kamu hanya berserah kepada keadaan sekelilingmu sahaja. Hendaklah kamu ketahui bahawa di sebalik apa yang kamu putuskan itu adalah merupakan sesuatu kekuatan yang sempurna dan wajib kamu yakini padanya.”

Beliau menjelaskan lagi “Sesungguhnya pandangan jumhur ahli syura adalah terlebih dekat kepada pandangan mana-mana individu. Logiknya menyerahkan urusan ummah kepada sesorang individu sahaja tanpa menilai kepada pandangan ahli syura yang lain adalah merupakan suatu perkara yang amat buruk dengan tidak meraikan suara umum.”

Jelasnya apa yang diambil daripada peristiwa Uhud adalah mengikut suara majoriti syura walaupun apa yang diputuskan oleh Bagina SAW adalah lebih tepat daripada pandangan jumhur sahabat.

Dalam sebuah hadith daripada Saidina Ali bin Abi Talib, Rasulullah SAW telah bersabda:

Maksudnya: “Kalaulah aku boleh melantik seseorang daripada kalangan kamu tanpa adanya musyawarah, nescaya aku akan menyuruh ke atas sekalian kamu Abdullah bin Mas’ud.” (Sunan al-Tirmizi, Bab Manaqib Abdullah b Mas’ud jilid 5 ms 673)

Maka, berdasarkan dalil-dalil yang telah dikemukakan serta dalil-dalil lain yang tidak dinyatakan di sini sebahagian ulamak telah merumuskan bahawa adalah wajib bagi pemimpin untuk mengikut keputusan yang dibuat oleh syura walaupun berbeza dengan pendapatnya. Antara ulama’ yang menyokong pandangan ini termasuklah Ustaz Al Maududi dan Ustaz Muhammad Rasyid Redha.

Seterusnya, setiap Muslim hendaklah memberikan wala’, ketaatan dan kesetiaan yang sepenuhnya kepada pimpinan yang mengamalkan prinsip Islam dan haram sama sekali menderhaka atau enggan menurut perintah.7 Ini berdasarkan firman Allah SWT:

يَـأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ أَطِيعُواْ اللَّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِى الاٌّمْرِ مِنْكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِى شَىْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الاٌّخِرِ ذلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً
(Surah An-Nisa’:59)
Maksudnya:“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul(Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian, jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur’an) dan Al-Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. ”
Syura Pada Zaman Rasulullah SAW: Perang Khandaq

Terdapat banyak ketika yang menunjukkan bagaimana Rasulullah SAW menjalankan syura di dalam urusannya di sepanjang sirah hidupnya. Di antaranya ialah ketika peperangan Khandaq yang berlaku apabila sebilangan pemimpin Yahudi Bani Al-Nadhir menghasut bangsa Quraisy, Qabilah Ghafatan, Bani Fuzarah dan Bani Murrah untuk memerangi Rasulullah SAW dan pihak Muslimin keseluruhannya.

Peristiwa pertama berlaku ketika pihak Muslimin mendapat tahu akan pakatan yang dibuat oleh kaum Yahudi, Quraisy dan beberapa qabilah daripada bangsa Arab. Sebaik sahaja Rasulullah SAW menerima berita pakatan tersebut, Baginda SAW terus menyampaikan berita ini kepada kaum Muslimin yang ketika itu berada di Madinah dan bermesyuarat dengan mereka bagi membincangkan masalah ini. Maka, salah seorang daripada sahabat Rasulullah SAW, iatu Salman Al-Farisi pun mencadangkan agar digali kubu di sekitar luar kota Madinah.

“Di Parsi, apabila kami takut akan penceroboh, kami akan menggali parit di sekitar kami untuk membiarkan mereka terperangkap di teluk.”8

Rasulullah SAW telah bersetuju dengan cadangan ini dan sebuah parit telah digali di bahagian yang terdedah kepada serangan musuh di luar kota Madinah.

Satu lagi peristiwa yang berlaku di dalam tempoh peperangan yang sama, iaitu apabila pihak musuh telah membajiri bahagian luar kubu yang telah digali oleh pihak Muslimin. Sementara itu, di dalam kota Madinah pula golongan munafiq sedang menjalankan kerja mereka untuk manabur keraguan dan memecah belahkan saf Muslimin. Melihatkan keadaan yang semakin meruncing, Rasulullah SAW telah memanggil Sa`ad bin Mu`adz dan Sa`ad bin `Ubadah lantas bermusyawarah dengan mereka. Rasulullah SAW mengatakan bahawa baginda akan berdamai dengan Qabilah Ghaftan (salah satu daripada qabilah musuh) memberi satu pertiga daripada hasil buah-buahan Madinah kepada mereka agar mereka mengundur diri dari medan pertempuran.

Lalu kedua-dua Saad berkata,“Ya, Rasulullah SAW! Apakah keputusan ini merupakan suatu pendapat tuan hamba untuk kami bertindak atau apakah ini suatu suruhan yang ingin Rasulullah SAW lakukan untuk faedah kami atau satu perintah dari Allah? ” Baginda SAW menjawab,“Malah ini adalah suatu perkara yang ingin aku lakukan untuk kebaikan kamu dan supaya dengannya dapat kuleraikan kekuatan mereka.”
Lantas Sa`ad bin Muadz menjawab,“Demi Allah, sesungguhnya kami tidak berhajatkan ini, demi Allah kita tidak akan memberi kecuali mata pedang sahaja, hingga Allah SWT menghukumkan di antara kita dan mereka.” Muka Rasulullah SAW pun memancarkan cahaya kesenangan dan berkata,“Engkau dan pendapat engkau. ”9

Daripada peristiwa pertama dapatlah kita lihat bagaimana Rasulullah SAW menjalankan syura dengan meminta pendapat para sahabat untuk menghadapi tentera musuh. Seterusnya pendapat Salman Al-Farisi ini diterima dan terus dilaksanakan tanpa adanya tentangan daripada sahabat yang lain. Peristiwa ini juga telah menjadi dalil bahawa umat Islam dibenarkan untuk mengambil sesuatu yang baik daripada orang lain dengan syarat mereka tidak mengikuti pegangan atau kepercayaan asing.10

Peristiwa kedua pula sekali lagi telah menunjukkan bagaimana musyawarah dijalankan untuk mencapai kata putus bagi setiap hal yang tiada dalil yang qat`i (putus).
Antara hikmat diadakan perbincangan itu ialah Rasulullah SAW ingin memastikan sejauh manakah kekuatan serta kesediaan yang dipunyai oleh sahabatnya untuk memerangi tentera Musyrikin yang berjumlah kira-kira 10,000 orang berbanding Muslimin yang berjumlah kira-kira 3000 orang. Sesungguhnya Baginda SAW amat menyayangi kaum Muslimin serta tidak mahu menyeret mereka kepada peperangan jika jiwa mereka masih belum bersedia.11

Sebagai kesimpulan, pelaksanaan syura di dalam sesebuah organisasi terutamanya di dalam gerakan Islam tidak harus dipandang sebagai suatu perkara yang remeh. Dalil-dalil daripada Al-Quran dan sunnah banyak menunjukkan bahawa perlaksanaan syura amatlah dituntut di dalam Islam. Maka, perhatian yang sewajarnya perlulah diberikan oleh peringkat pimpinan mahupun penggerak harakah Islamiyyah agar beroleh keredhaan dan kejayaan di dalam perjuangan, insyaAllah.

Wallahua’lam bissowab


SENARAI RUJUKAN KAJIAN:
Al-Quran dan terjemahannya
Tafsir Ibn Kathir
Perlembagaan PAS
Irsyad, cetakan Hizbi 8
Fakhrurazi Ghazali, Kertas Kerja Kajian Fiqh Syura Menurut Perspektif Syarak, Monograf Andalus Tanta II, Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta, Mesir
Nik Azran Mohamed, Kertas Kerja Wala’ Dan Bara’ Dari Sudut Akidah dan Gerakan, Monograf Andalus Tanta II, Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta, Mesir
Sayyed Abul Hasan `Ali Nadwi, Muhammad The Last Prophet, UK Islamic Academy
Muhammad Sa`id Ramadhan Al-Buti, Fiqh Al-Sirah 2, Dewan Pustaka Fajar


NOTA HUJUNG:
1Perlembagaan PAS
2Irsyad, Jilid 2, Syura Dan Kepentingannya, ms. 520
3 Fakhrurazi Ghazali, Kertas Kerja Kajian Fiqh Syura Menurut Perspektif Syarak,
Monograf Andalus Tanta II, ms 109
4Ibid, ms 108
5Ibid, ms 105
6Ibid
7Nik Azran Mohamed Kertas Kerja Wala’ Dan Bara’ Dari Sudut Akidah dan Gerakan,
Monograf Andalus Tanta II, ms 51
8Sayyed Abul Hasan `Ali Nadwi, Muhammad The Last Prophet, , ms 100
9Muhammad Sa`id Ramadhan Al-Buti, Fiqh Al-Sirah 2, ms 455-456
10Ibid, ms 462
11Ibid, ms 468

Kepentingan Syura

ﻢﻴﺤﺭﻟﺍﻦﻣﺣﺭﻟﺍﷲﺍﻡﺴﺑ
PEMBINAAN JAMAAH
Syura dan Kepentingannya

Abstrak
Syura merupakan tuntutan yang difardhukan kepada umat Islam. Signifikasi syura dalam menyelesaikan masalah adalah begitu penting dalam sesebuah pertubuhan, parti mahupun pentadbiran kerajaan. Syura juga dianggap sebagai salah satu daripada cabang fiqh yang menjadi kaedah tertinggi dalam melaksanakan kewajipan agama yang diperintahkan oleh Allah SWT. Justeru, perintah untuk melaksanakan syura sebagaimana yang diwahyukan kepada baginda SAW merupakan suatu penghormatan kepada akal fikiran kerana berpandukan wahyu Allah SWT.

Konsep Syura dalam Islam
Syura adalah sebuah konsep perbincangan bagi menyelesaikan masalah dalam pentadbiran umat Islam. Pentingnya syura dilaksanakan adalah untuk mengelakkan perbalahan pendapat, pandangan mahupun emosi dalam rangka untuk menyatukan persefahaman dan permuafakatan di antara semua pihak dalam pelbagai perkara yang tidak mempunyai nas secara qat’ie yang melibatkan umat Islam.

Firman Allah SWT,
“Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasulnya dan janganlah kamu berbantah-bantah nanti kamu menjadi lemah (kalah) serta hilang kekuatanmu dan hendaklah kamu berhati sabar. Sesungguhnya, Allah bersama-sama orang yang bersabar.” (Al-Anfal:46)

Keadilan dalam Islam adalah keadilan yang bersifat tetap (ﺜﺄﺒﺘﺔ ) yang melibatkan keseluruhan masyarakat dalam meraikan maslahat serta meletakkan dasar persamaan dalam menentukan hak dan kewajipan serta kebebasan untuk beriktikad dan melaksanakan amal ibadat.

Dari segi pentadbiran negara, syura dikaitkan dengan khalifah. Ianya disifatkan sebagai suatu bentuk dhoman (jaminan) terhadap dua dasar utama pentadbiran yang dibawa oleh mana-mana kerajaan Islam yang memerintah. Dasar utama ini adalah untuk melaksanakan hukum-hakam Islam dan menjaga maslahat ummah. Dua dasar inilah yang dijamin melalui perlaksanaan sistem syura yang juga merupakan sebuah badan muhasabah terhadap pemerintah.

Dalam sesebuah tanzim jamaie yang bergerak atas dasar Islam, juga memerlukan majlis syura bagi menjalankan musyawwarah, membincangkan polisi dan strategi tanzim.

Pengertian dan Dalil
Syura bermaksud suatu bentuk kerjasama dalam bertukar fikiran dan pandangan terhadap perkara-perkara yang melibatkan kemaslahatan Muslimin berdasarkan kaedah yang sesuai dalam mencari titik permuafakatan dan kebenaran serta ketaatan kepada Allah SWT.

Perbincangan syura adalah berkisar mengenai perkara-perkra mubah yang berkaitan dengan hal-ehwal muslimin, yang mana berlakunya perbahasan serta perbincangan dari pelbagai pandangan yang diwakili pelbagai pihak.

Firman Allah SWT:
“Maka disebabkan rahmat daripada Allah lah kamu berlemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati keras, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Maka, maafkan dan pohonlah keampunan bagi mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Maka, apabila kamu telah bertekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya allah menyukai orang-orang ynag bertawakal kepadaNya.” (Al-Imran: 159)

Berdasarkan Firman Allah SWT daripada ayat di atas, ulama’ memberikan beberapa tafsiran mengenai takrifan syura:
Al-Nasafi : Syura adalah suatu bentuk perbincangan yang membawa kepada kebenaran dan ketepatan dalam menyelesaikan masalah.

Hassan Basri: Inilah akhlak mulia baginda SAW dan malah caraku dan begitulah kepada seluruh kepimpinan umat Islam.

Syed Qutb : Ayat ﻭﺸﺄﻭﺭﻫﻢ ﻓﻰﺃﻻﻣﺭ adalah menunjukkan kaedah khas yang diletakkan oleh Islam dalam sistem pemerintahan. Adapun bentuk syura mahupun perlaksanaannya adalah bergantung kepada keadaan umat, zaman mahupun perubahan masa. Namun, apa yang pentingnya ialah perlaksanaan kepada sistem syura tersebut kerana ia merupakan salah satu juzuk daripada pemerintahan Islam yang dituntut syarak.

Firman Allah SWT:
“Dan bagi Allah orang-orang yang mematuhi seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedangkan urusan mereka diputuskan dengan musyawarah antara mereka dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki mereka yang kami berikan kepada mereka. “ (Asy-Syura: 38)

Ayat yang diturunkan di Makkah ini, menggambarkan kedudukan orang-orang Islam yang sedang bermusyawarah dalam menyelesaikan masalah di bawah pimpinan Rasulullah SAW. Ayat tersebut meletakkan tahap orang yang bermusyawarah bersama-sama dengan orang yang mematuhi perintah solat dan zakat. Jelaslah, ini menunjukkan nilai syura dan musyawarah adalah tinggi di sisi Allah SWT.

Di samping itu, rentetan sirah baginda SAW yang menjadi sunnah juga meperlihatkan pengamalan musyawarah yang meluas. Ini diikuti pula dengan perlaksanaan sistem syura berteraskan musyawarah dalam sirah Khulafa’ al- Rasyidin. Sistem syura juga dijadikan badan muraqabah (pengawasan) dalam mengawasi perjalanan pentadbiran supaya tidak berlakunya kecacatan atau ketidakseimbangan.

Ruang Linkup Musyawarah
Syara’ tidak menetapkan bidang-bidang atau urusan-urusan khusus untuk dimusyawarahkan. Perintah musyawarah di dalam Al-Quran digambarkan secara umum meskipun ianya menyentuh pelbagai hal dan keadaan yang berkait dengan semua aspek kehidupan masyarakat Islam. Namun, keluasan perlaksanaan syura dibataskan dengan dua perkara:
I. Tidak boleh melakukan musyawarah/mesyuarat untuk mencari suatu keputusan yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan As-Suunah.
II. Keputusan daripada musyawarah/mesyuarat tidak boleh bertentangan dengan perintah Al-Quran dan As-Sunnah.

Kepentingan Wehdatul Fikr dan Wehdatul Amal dalam Gerakan Islam
Perlaksanaan syura berteraskan musyawarah akan mewujudkan wehdatul fikr dan wehdatul amal. Wehdatul fikr bermaksud kesatuan fikrah, manakala, wehdatul amal bermakna kesatuan tindakan. Apabila seorang daie menggabungkan diri dan memberikan wala’ kepada sesebuah tanzim jamaie, beliau harus mempunyai kefahaman dan kesedaran yang tinggi akan apa yang tanzim itu perjuangkan dan bukan sekadar taqlid buta.

Firman Allah Azzawajal:
“Dan sesungguhnya, kamu mengikut apa yang kamu tidak mmepunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya, pendengaran, penglihatan dan hati, semua itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (Al-Isra’: 36)

Untuk memastikan kejayaan sesebuah tanzim jamaie, setiap ahli mestilah jelas dari segi fikrah. Apabila itu sudah dicapai, maka lahirlah ahli-ahli yang mampu bersatu di dalam tindakan mereka. Di sinilah syura memainkan peranannya. Sesebuah syura bertanggungjawab menentukan polisi tanzim agar dasarnya berada di dalam batas-batas syara’ dan tidak bercampur aduk dengan dasar buatan manusia. Syura diwakili alim ulama’ akan memastikan tanzim sentiasa memegang amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW:
“Hendaklah kamu memuliakan para ulama kerana sebenarnya mereka itu adalah pewaris para Nabi. Maka barangsiapa yang memuliakan mereka, dia telah memuliakan Allah.”

Fikrah yang tidak jelas atau berbeza di kalangan ahli sesebuah gerakan Islam boleh membawa kepada perpecahan tanzim. Ini mungkin berlaku apabila majlis syura yang tertinggi tidak ditaati malah, berlaku penguasaan individu tertentu yang berkepentingan. Sekaligus, menyebabkan keputusan tanzim bercanggah dengan majoriti tanpa alasan yang munasabah.

Dalam usaha sesebuah tanzim jamaie untuk menegakkan Daulah Islamiyah di muka bumi ini, kesatuan tindakan adalah di antara elemen terpenting. Wujudnya pelbagai jamaah yang mengakui mempunyai cara tersendiri boleh membantutkan usaha ini. Ketaatan kepada syura yang satu boleh memastikan segala tindak tanduk dan segala gerak kerja jamaah sentiasa terbatas dalam hukum-hukum syara’ dan tidak bertentangan dengan fikrah yang dipegang oleh ahli.


Bersatu Menegakkan Islam

Bibliografi
Fakhruddin Ghazali. Kajian Fiqh Syura Menurut Perspektif Syarak. In: Monograf Andalus II Tanta. p81-144.

Syura dan Kepentingannya. Modul Irsyad. Dublin: Al-Hizbul Muslimin UK&RI (Dublin); 2001. p518-523.

Hj. Abdul Hadi Awang. Islam: Fikrah, Harakah dan Dakwah. Selangor: Dewan Pustaka Fajar; 2003.

Fathi Yakan. Tasawwur Asasi Gerakan Islam. Selangor: Dewan Pustaka Fajar; 2004.

AMAL ISLAMI

AMAL ISLAMI, AMAL JAMAI’E DAN AMAL IJTIMAI’E.


PENDAHULUAN

Mafhum firman Allah Taala dalam surah Az-zariyat : ayat 56 yang bermaksud:
“Dan tidak Kuciptakan jin dan manusia itu melainkan hanyalah mereka beribadat kepadaKu”

Dunia keseluruhannya hari ini amat memerlukan kepada agama Islam sama seperti dunia memerlukannya, sebelum seribu tiga ratus tahun yang lampau. Pihak barat sering kali merintih keresahan akibat kegagalan idologi sistem ciptaan mereka sendiri. Justeru itu kita sebagai penda’wah Islam yang diberi amanah untuk meneruskan perjuangan para anbiak perlu mempergiatkan lagi gerak kerja amal islami, amal jamai’e dan amal ijtimai’e agar kesatuan ummah dan Islam kembali dijulang di dunia hari ini.

AMAL ISLAMI : TUNTUTAN DAN MATLAMAT

a.Tuntutan Amal Islami

Mafhum firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah : ayat 208 yang bemaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman ! masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan, sesungguh syaitan bagi kamu musuh yang terang”

Berdasarkan kepada ayat di atas menunjukkan kepada kita, bahawa Islam yang perlu diperjuangkan, mestilah menyeluruh, merangkumi semua aspek kehidupan manusia, ini kerana Islam sendiri agama yang lengkap meliputi seluruh lingkungan kehidupan manusia di dunia sehinggalah sampai ke penghidupan yang kedua dihari akhirat. Kesemuanya ini terkandung dalam gerak kerja atau amal Islam yang terbahagi pentaklifannya kepada individu, masyarakat dan persatuan.
Sebagai orang Islam yang mengaku akan keesaan Allah S.W.T dan kebenaran pesuruhNya, maka perlu bagi seorang individu itu, menjadi muslim/muslimah yang soleh dan solehah yang menggerakkan segala gerak kerja mereka, selari dengan perintah Allah Taala serta mengharapkan keredhaanNya. Seterusnya berdasarkan daripada pembentukan individu muslim/muslimah sejati tadi, dapat melahirkan generasi masyarakat Rabbani, yang tunduk dan patuh kepada segala ajaran Islam.
Oleh itu, untuk menggerakkan dan membentuk masyarakat Rabbani, yang tersusun dengan kehendak Islam,maka manusia amat memerlukan kepada kesatuan/persatuan atau organisasi. Keperluan ini berdasarkan kepada kehendak masyarakat, yang perlu disusun dan diatur, menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan agama serta kebajikan setiap individu masyarakat. Apabila wujudnya organisasi yang seperti ini maka, dengan secara tidak langsung dapat mengendalikan urusan-urusan agama, agar masyarakat tidak lari jauh daripada batas-batas Islam.
Oleh yang demikian itu, bedasarkan kepada kefahaman ini, maka seorang penda’wah Islam, sudah tentu dapat menyeimbangkan di antara kerja-kerja Islamiah yang perlu dilaksanakan mengikut aulawiyatnya yang terbaik.

b.Matlamat amal Islami

Matlamat asas 'amal Islami ialah menta`abidkan/mengembalikan manusia, samada sebagai individu mau pun masyarakat, supaya menjadi hamba hanya sanya kepada Rabb mereka, Allah swt. Ini bererti mengembalikan 'ubudiyah mereka kepada Allah di masjid dalam solah mereka dan begitu juga di pasar-pasar dalam jual beli mereka. Mengembalikan 'ubudiyah mereka hanya sanya kepada Allah dalam puasa mereka yang sepatutnya begitu juga 'ubudiyah mereka dalam melaksanakan pemerintahan', dalam do'a mereka dan begitu juga sepatutnya dalam perundangan dan kehakiman mereka.

Ringkasnya, mengembalikan 'ubudiyah manusia kepada Allah bermaksud supaya semua kepatuhan dan ketaatan mereka hanya sanya kepada Allah dalam semua urusan kehidupan mereka. Tidak ada perbezaan pada kepatuhan mereka samada dalam urusan agama mau pun dalam urusan dunia, samada di dalam masjid mau pun di luar masjid, semasa Ramadhan mau pun selepas Ramadhan. Apabila kita memisahkan urusan deen dan urusan dunia itulah sekular. Sekularisma ditegakkan di atas dasar pemisahan antara deen dan daulah, memisahkan antara agama dan negara.
Oleh itu menta`abidkan manusia hanya sanya kepada Allah bererti mengajak mereka menolak manhaj rekaan manusia yang memperhambakan manusia kepada thoghut. Sikap memperkudakan manusia supaya tunduk kepada sistem yang lain dari sistem Allah dalam manhaj-manhaj batil yang dikuasai thogut merupakan pencabulan terhadap hak-hak Alah; hak 'ubudiyah dan hak hakimiyah (memerintah) Allah swt.
إن الحكم إلا لله (الأنعام:57)
"Sesungguhnya hak menghukum dan memerintah itu hanya milik Allah."


AMAL JAMAI’E, AMAL IJTIMAI’E DAN KESATUAN UMMAH

a. Amal Jamai’e : Kepentingan dan Dalil
Amal Jama'iyy bukan sekadar suatu keperluan suasana semasa tetapi adalah tuntutan syar'ie khususnya dalam konteks gerakan dakwah dan perjuangan Islam seluruhnya sebagaimana yang diisyaratkan oleh Firman Allah S.W.T :
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'aruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang berjaya." Ali imran : 104
Ayat tersebut tidak hanya mengandungi perintah berdakwah (asalkan berdakwah saja) tetapi sekaligus mengandungi penekanan terhadap kaedah dakwah yang harus dilaksanakan menerusi wadah ummah yakni jamaah pendakwah. Tegasnya, kejayaan gerakan dakwah memerlukan kewujudan jamaah yang memahami. menghayati dan memperjuangkan Islam menerusi amal jama'iyy yang tersusun rapi.
Status syar'ienya amal jama'ieyy, diperjelaskan lagi dengan ayat Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti bangunan yang tersusun kukuh." as saff : 4
Ayat ini tidak hanya sekadar menyatakan keutamaan mereka yang berperang atau berjuang (asal berperang dan berjuang saja) tetapi sekaligus menyatakan sifat dan cirinya yang berbentuk saff, front atau angkatan yang utuh dan padu. Ungkapan bunyanun marsus (bangunan yang tersusun kukuh) bukan sekadar perbandingan umum (tashbih 'am) tetapi lebih merupakan pengambaran hakikat dan ciri asasi jamaah dengan jalinan perhubungan yang erat dan akrab di kalangan ahlinya, baik perhubungan emosi mahupun perhubungan tindakan dalam suatu skema kerja yang tersusun dan menjurus kepada matlamat yang tertentu dan terencana.
Maulana Abul A'la Al-Maududi rahimahullah dalam suatu amanatnya kepada para da'i yang bergerak dalam wadah jamaah menyatakan bahawa seorang mujahid dakwah tidak memada sekadar mempunyai keunggulan sifat-sifat fardiyyah (individual). Tetapi di samping itu dia masih perlu mempunyai sifat-sifat jama'iyyah yang baik untuk memungkinkannya menyesuaikan diri dengan peranannya sebagai suatu unit dari sebuah jentera jamaah dengan segala rangkaian sistem, skema dan rencananya. Sifat-sifat jama'iyyah yang baik seperti ta'ah (kepatuhan), ta'awun (kerjasama), tanasuh (nasihat-menasihati) dan tawasiyy (pesan-memesan dengan kebenaran dan kesabaran) akan menjamin ujudnya keseragaman, perpaduan dan keharmonian dalam seluruh gerakan jentera jamaah.
b. Amal Jamai'e : Erti dan Ciri
Amal Jama'iyy dapat dierti dan dicirikan sebagai kegiatan-kegiatan yang lahir bersumber dari sesuatu jamaah yang teratur (berorganisasi), menepati skema tertentu dan menjurus ke arah matlamat tertentu. Kegiatan jama'iyy tidak semestinya dijalankan oleh eluruh anggota jamaah, tetapi mungkin ianya hanya dijalankan oleh seorang anggota jamaah. Dalam konteks gerakan Islam, kegiatan tersebut harus pula bersifat syar'ie dengan status minimanya mubah (harus) termasuk apa yang diharuskan oleh Islam dalam keadaan darurah atau dalam bentuk rukhsah (keringanan) sama ada keharusan tersebut di dasarkan kepada nas nyata atau kepada ijtihad.
Seluruh kegiatan jamaah harus disusun dan direncanakan serapi mungkin kerana kedua-duanya (tanzim dan takhtit) adalah merupakan suatu kemestian sebagai jalan untuk menjayakan cita-cita Islamiah yang didukung oleh jamaah. Berdasarkan kepada kaedah syara' :
"ma la yatimmu l-wajibu illa bihi fa huwa wajib."
(Ertinya : sesuatu yang hanya dengannya terlaksana sesuatu yang wajib maka ianya turut menjadi wajib.) maka perencanaan kegiatan jamaah adalah wajib dari sudut syara'.
Kegiatan berencana dan berstrategi di samping bertawakkal bulat kepada Allah adalah merupakan jejak sunnah para Nabi a.s. sebagaimana yang diabadikan sejarahnya dalam Al-Quranul Karim. Antaranya ialah perencanaan strategi Nabi Ya'qub a.s. sepertti yang terungkap dalam Firman Allah S.W.T :
"Dan Ya'qub berkata, "Hai anak-anakku janganlah kamu (bersama-sama) masuk dari satu pintu gerbang, tetapi masuklah dari pintu-pintu gerbang yang berlain-lainan, namun demikian, aku tiada dapat melepaskan kamu barang sedikit pun daripada (takdir) Allah, keputusan menetapkan sesuatu hanyalah hak Allah, kepadaNyalah aku bertawakkal dan hendaklah kepadaNya sahaja orang-orang yang bertawakkal berserah diri."
"Dan ketika mereka masuk menurut yang diperintahkan ayah mereka, maka (cara yang mereka lakukan itu) tiada melepaskan mereka sedikit pun dari takdir Allah, akan tetapi itu hanya suatu keinginan pada diri Ya'qub yang telah ditetapkannya. Dan sesungguhnya dia mempunyai pengetahuan kerana Kami telah mengajarkan kepadanya. Akan tetapi, kebanyakan manusia tidak mengetahui." Yusuf 67-68
Al-Quran juga mencatatkan perencanaan ekonomi untuk jangka waktu lima belas tahun oleh nabi Yusuf a.s :
"Yusuf berkata, "Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa, maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan dibulirnya, kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan." "Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan di masa itu mereka memerah anggur." Yusuf 47-49
Sungguhpun sumber perencanaan-perencanaan tersebut adalah ilham dari Allah dan bukan bermaksud kita untuk memudahkannya ke murtabah perencanaan akal rendah manusia, tetpi hakikat itu tidak menjejaskan pengajaran (istinbat) bahawa perencanaan masa depan adalah suatu yang masyru'.
Sirah perjuangan Rasulullah S.A.W.(segala tahap yang dilalui dan segala langkah yang diambil) tidak dilakukan dengan mendadak, rambang dan sewenang-wenang. Tetapi semuanya diputus dan direncanakan dengan teliti dan rapi. sebagai contoh ialah langkah penghijrahan ke Habasyah (tidak ke negeri lain yang berdekatan, tidak ke mana-mana bumi Arab, tidak semua pengikutnya diperintahkan berhijrah dan Junjungan sendiri tidak ikut serta. Demikian pula dengan penghijrahannya ke madinah) dilakukan secara beransur-ansur, bersembunyai dahulu di Gua Thur selama tiga hari, dibuatnya penentuan peranan (Abu Bakar as-Siddiq r.a. sebagai teman pengiring, Abdullah ibn Urayqat sebagai pemandu jalan yang tidak biasa dilalui oleh Quraysh), Asma binti Abu bakar sebagai pembekal makanan, Abdullah ibn Abi Bakr sebagai pelopor berita dan Amir ibn Fuhayrah sebagai penggembala kambing di sisi gua. Pengamatan yang teliti terhadap segala fakta-fakta ini akan menyerlah hakikat adanya perhitungan yang matang dan perencanaan yang rapi.
Keharusan tanzim dari sudut syara' diperjelas lagi sebuah Hadis Rasulullah S.A.W. yang memerintahkan pengangkatan seorang ketua dalam perjalanan yang disertai oleh tiga orang. Jika suatu perjalanan yang sedemikian dekat dengan penyertaan dengan penyertaan yang sedemikian kecil memerlukan perlantikan seorang ketua, maka apa lagi sebuah jamaah harakiah yang tentunya lebih kompleks dengan keahlian yang sedemikian besar dan matlamat jangka panjang yang sedemikian jauh menuju ke arah perubahan cara hidup secara total.
Jelas kiranya bahawa soal qiyadah, imarah atau pimpinan dengan segala hak dan kewajipannya (yang dalam hal ini merupakan ciri asasi tanzim) adalah suatu yang masyru'. Bagaimanapun, pimpinan yang bersifat demikian harus pula memenuhi beberapa persyaratan yang antaranya termasuklah pemilihan yang bebas dan bay'ah yang sihat (bersih dari sebarang bentuk tekanan dan tipu helah).
Pimpinan dalam jamaah Islamiah pada dasar pokoknya harus berbentuk "fardiyy" (perseorangan) kerana memang bentuk inilah yang diisyaratkan oleh lafaz lahir nas-nas yang berkenaan dan demikian juga contoh-contoh precedent dalam sejarah Islam. Di samping itu bentuk pimpinan perseorangan dirasakan lebih berkesan khususnya dari segi kecepatan bertindak dan kecekapan pengurusan. Bagaimanapun dalam keadaan-keadaan tertentu dan untuk maslahah-maslahah tertentu pimpinan kolektif (qiyadah jama'iyyah) adalah diharuskan umpamanya untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya perpecahan, kerana ketiadaan calun yang cukup berkelayakan atau lain-lain.
Pimpinan yang bersifat syariyy juga harus mengamalkan dasar Syura, kerana menurut pendapat yang lebih kuat (ar-ra'yu 'r-rajih) di kalangan Ulama' hukum pengamalan syura adalah wajib. Ini di dasarkan kepada alasan bahawa salah satu nas yang berhubung dengan syura meletakkannya di samping dua rukun Islam yang penting iaitu solah dan zakah sehingga membawa implikasi bahawa syura adalah salah satu sifat atau syarat asasi seorang Muslim Mu'min. Sementara itu satu lagi nas tentang hal ini adalah berbentuk perintah (bi sighati'l amr). Sekalipun tidak ada kesepakatan Ulama' sama ada pimpinan wajib patuh atau tidak kepada keputusan syura tetapi setidak-tidaknya kewajipan mengamalkan syura itu sendiri membawa kesan minima bahawa pendapat ramai harus diminta dan diambil kira.
Sehubungan dengan ini berbai'ah persetiaan untuk taat dan mendukung segala tanggungjawab adalah juga suatu tuntutan syara'. Bai'ah adalah suatu Sunnah Nabawiyyah yang tercatat dalam sirahnya seperti Bai'atul Aqabah (pertama dan kedua) dan Bai'atur Ridwan. Antara nas yang berhubungan dengan hal ini ialah Hadis Rasulullah S.A.W :
"Dari Ubadah ibni Samit r.a., katanya...."Pernah kami mengikat janji setia (bai'ah) terhadap Nabi S.A.W. supaya kami patuh dan taat kepada perintah dalam waktu susah dan senang, dalam waktu rajin dan malas. Kami berjanji akan tetap setia sekalipun sampai pilihan orang lain jatuh di atas diri kami dan kami berjanji tidak akan mengambil (merebut) kekuasaan dari ahlinya. Dan kami berjanji mengatakan yang haq di mana saja kami berada. Kerana Allah kami tidak takut akan celaan orang yang mencela." Riwayat Bukhari dan Muslim
Sementara itu dalam konteks sejarah gerakan Islam mutakhir, al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna telah mengemukakan rumusan sepuluh rukun Bai'ah untuk diamalkan dalam Jama'atul Ikhwanil Muslimin iaitu kefahaman, keikhlasan, amal, jihad, pengorbanan, ketaatan, ketahanan, kebulatan, persaudaraan dan kepercayaan.
Kewajipan melantik pimpinan dengan sendirinya membawa pula kepada kewajipan mentaatinya kerana perlantikan pimpinan dalam konteks jamaah Islamiah bukan sekadar soal teknikal tetapi suatu prinsip syar'ie yang harus dipenuhi segala tuntutannya. Ketiadaan taat akan mendedahkan jamaah kepada ribut fitnah dan bencana maksiat. Oleh kerana perlantikan pimpinan itu sendiri suatu yang wajib syar'ie maka mentaatinya juga adalah wajib syar'ie sebagaimana yang ditegaskan oleh Firman Allah S.W.T :
"Hai orang-orang yang berIman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan orang-orang yang memegang kekuasaan di antara kamu......." An Nisa' 59
Sementara itu Rasulullah S.A.W. pula bersabda :
"Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi S.A.W. sabdanya, "Barangsiapa yang mentaati aku maka sesungguhnya ia telah mentaati Allah. Dan barangsiapa yang mengingkari aku, maka sesungguhnya ia telah mengingkari Allah. Dan barangsiapa yang mentaati amirku, sesungguhnya ia telah mentaati aku. Dan barangsiapa yang mengingkari amirku, maka sesungguhnya ia telah mengingkari aku." Riwayat Bukhari dan Muslim
Ketaatan dalam konteks ini harus timbul dari kerelaan setulus ikhlas hati dan bersih dari
sebarang bentuk tekanan luar. Ianya dilakukan dalam rangka kepatuhan dan pengabdiannya kepada Allah yang kerananya ia diganjari pahala. Kepatuhan kepada pemimpin tidak seharusnya dirasakan sebagai penjejasan maruah dan harga diri. Motif segala perlakuan adalah seutuhnya kerana Allah dan Allah tidak menilai sesuatu amal perbuatan berdasarkan tinggi rendah jawatan yang disandang tetapi berdasarkan ketulusan niat masing-masing. Mungkin Allah menerima amal bakti dari barisan belakang tetapi tidak menerima dari barisan hadapan dan mungkin pula sebaliknya. Dengan pengertian ini sikap tidak taat hanya mungkin timbul dari barah ananiyah, ego dan angkuh yang masih menguasai diri.
Kegiatan-kegiatan amal jama'iyy harus berpandukan minhaj yakni skema tertentu yang merangkumi kaedah, cara dan pemeringkatan kerja. Cara bekerja (uslubul 'amal) dalam konteks jamaah Islamiah harus di dasarkan kepada prinsip-prinsip tertentu termasuk :-
a. Keselarasannya dengan kehendak syara' atau sekurang-kurangnya tidak bertentangan dengan syara'. Pencapaian matlamat yang murni harus melalui jalan yang juga murni. Atas prinsip ini Islam tidak dapat menerima dasar "al-ghaiyah tubarrirul wasilah" (tujuan menghalalkan cara. )
b. Kesesuaiannya dengan kemampuan jamaah dan suasana persekitaran.
c. Sifat elastis - kesediaan untuk mengalami jangkamasa panjang jika keadaan memerlukannya.
d. Dasar beransur-ansur dalam perlaksanaan.
e. Realistik - mengambil kira segala fakta dan kenyataan.
Ciri amal jama'iyy seterusnya ialah penjurusan ke arah matlamat tertentu yang dalam konteks ini ialah perlaksanaan cita-cita Islamiah iaitu penterapannya sebagai tata hidup yang sempurna menggenapi segala bidang kehidupan atau dengan ungkapan lain seperti yang dirumuskan oleh Rub'iyy ibn Amir dalam operasi ketenteraannya :
“Sesungguhnya Allah telah mengutus kami untuk membebaskan sesiapa yang dikehendakiNya dari pengabdian kepada manusia kepada pengabdian hanya kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan kelapangan akhirat dan dari kezaliman agama/ideologi (songsang) kepada keadilan Islam."
Amal jama'iyy sebagai program gembelingan tenaga ke arah menjayakan cita-cita Islamiah memerlukan dokongan para kader dan sokongan ummat. Oleh itu gerakan Islam harus dapat mengimbangi di antara pembinaan barisan kader "as-Safwatul Mukhtarah" yang merupakan tenaga teras dalam jamaah dengan usaha meratakan kesedaran Islam "al-Wa'yul Islami" di seluruh lapisan masyarakat. Dalam hal ini kita tidak punya pilihan untuk mengambil yang satu dengan meninggalkan yang lain.
Kedua-duanya harus digarap sekaligus. Barisan as-Safwatul Mukhtarah perlu dibina kerana hanya dari mereka sahajalah kita dapat mengharapkan kesetiaan dan kesanggupan yang seutuhnya dalam menghadapi segala ranjau risiko dan cubaan perjuangan. Sejarah peperangan Hunain yang tercatat dalam sirah Rasulullah S.A.W. adalah merupakan peristiwa precedent yang harus diambil i'tibar bahawa golongan teras inilah yang membawa survival gerakan Islam dan bukan golongan awam yang berkuantiti puluhan ribu tetapi berkualiti serapuh buih "ka guta'is sail".
Bagaimanapun hakikat tersebut tidak pula bererti bahawa golongan massa tidak perlu diberi perhatian. Gerakan Islam juga harus bersifat "jamahiriyyah" bertapak dan berakar ditengah-tengah masyarat kerana masyaratlah yang merupakan gelanggang dakwah dan medan amal jama'iyy. Gerakan Islam bukan kelompok kecil, terpencil dan terasing di menara gading asyik sendiri dengan istilah-istilah bombastic, sedang masyarakat keliling tidak menyertai, tidak bersimpati, malah mungkin tidak menyedari keujudannya.
Firman Allah Ta'ala :
"Dan katakanlah, "Ya Tuhanku, masukkanlah aku secara yang benar dan keluarkanlah aku secara yang benar dan kurniakanlah aku dari sisiMu kekuasaan yang menolong." Al Isra' 80

PENUTUP

Mafhum firman Allah Taala yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik, merekalah isi syurga, mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah:82)
Berdasarkan ayat ini, menunjukkan kepada kita, sesungguhnya Allah Taala menyediakan Syurga sebagai ganjaran bagi hambaNya yang melakukan amal kebaikan. Oleh itu, untuk memastikan segala amal gerak kerja ini, diterima Allah S.W.T, manusia memerlukan kepada ketulusan hati yang ikhlas dan suci murni, hanya mengharapkan keredhaan Allah Taala dalam segala gerak kerja yang dilakukan, bertepatan dengan mafhum firman Allah Taala yang bermaksud:

“Dan mereka tidak diperintah melainkan hanyalah untuk beribadat kepada Allah Taala, dengan tulus ikhlas beragama untuk Allah semata-mata” . (Al-Bayyinah:5)




BAHAN RUJUKAN :

BEBERAPA PELAJARAN DALAM AMAL ISLAMI OLEH USTAZ SAID HAWWA.
AMAL JAMAI’E GERAKAN BERSAMA OLEH USTAZ MUSTAFA MASYHUR.
AL-MAUSUA’H AL-HARAKIAH ( JILID 1 ) OLEH USTAZ FATHI YAKAN.
PETUNJUK UNTUK PENDA’WAH OLEH USTAZ ABU A’LA AL-MAUDUDI.